Salina oleh A Samad Said

>> Monday, July 26, 2010


Semenjak saya didatangi kesedaran untuk memahirkan diri saya menggunakan bahasa ibunda (saya ingin ceritakan lebih lanjut, mungkin di post akan datang, insyaAllah), saya lebih proaktif mencari buku-buku Bahasa Malaysia untuk dibaca. Salah satu azam saya ialah untuk membaca satu buku tulisan setiap Sasterawan Negara. Bagi Datuk A Samad Said, saya telah sekian lama mencari-cari novel Salina, kerana novel yang ditulis lebih setengah abad yang lalu ini banyak disebut-sebut, dan beberapa orang kenalan saya ada menyenaraikan buku ini dalam senarai buku kegemaran mereka. Akhirnya saya berjumpa dengan buku ini di Perpustakaan Bandar Baru Bangi.

Sejujurnya, saya agak kecewa. Meskipun saya tahu watak Salina merupakan seorang pelacur yang baik hati, saya tidak menjangka hampir keseluruhan cerita berkisarkan mengenai watak-watak yang sebahagiannya tidak baik dan bergelumang dengan maksiat. Ada kisah seks luar nikah dan rogol (walaupun tidak diperinci), minum arak, memukul, mengherdik, menghasut, dan sebagainya. Saya membaca dalam keadaan kurang selesa, ‘panas hati’ dan kadang-kadang rasa seperti mahu menjeritkan ‘arghh!’ (di dalam hati). Kadang-kadang, saya rasakan seolah-olah watak-watak baik tidak berusaha untuk ‘menentang’ watak-watak ‘jahat’. Contohnya, apabilah Nahidah ditekan oleh ibu tirinya supaya bekerja sebagai pelayan (yang dimaklumi akan membawa kepada pelacuran dalam kes ini), mengapa dia cuma menentang dan membantah tetapi akhirnya akur walaupun tanpa rela? Mengapa tidak larikan diri sahaja dari rumah bersama-sama dengan abang-abangnya?

Saya hampir saja berhenti membaca tetapi saya gagahkan diri untuk menghabiskan, pertamanya kerana masih ada rasa ingin tahu bagaimana kesudahan cerita ini dan kedua masih mengharapkan cerita disudahkan dengan lebih positif. Saya silap. Kesudahan cerita ini seperti tidak memenangkan watak-watak baik. Sesetengah bahagian cerita membiarkan pembaca tertanya-tanya. Apa yang terjadi kepada Zarina? Nahidah? Abdul Fakar? Cerita ini lebih memfokuskan kepada apa yang terjadi pada waktu itu sahaja.

Benar, novel merupakan garapan realiti masyarakat dan barangkali realiti ini perlu dirakam. Tetapi saya mendapat kejutan budaya (culture shock) membaca realiti itu. Benar, kehidupan sesetengah kaum masyarakat amat susah dan miskin terutama waktu zaman selepas perang dan sebelum kemerdekaan. Saya kira saya lebih suka mengambil tauladan daripada kisah-kisah yang baik, berbanding menjadikan sempadan kisah-kisah yang tidak baik, walaupun tidak dinafikan kadang-kadang kisah-kisah yang tidak baik itu lebih berkesan dalam memberi pengajaran.

Sebenarnya, novel ini digarap dengan sangat baik, sehinggakan dapat digambarkan dengan jelas bagaimana daifnya kehidupan di Kampung Kambing itu. Ceritanya meruntun hati. Dialog pada zaman itu menarik untuk diperhatikan (contoh ‘hendak’ dieja sebagai ‘endak’). Namun, saya tidak fikir saya akan benarkan anak saya membaca novel ini, sehingga dia betul-betul telah dewasa dan matang.

(Saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis ini terlalu kritis dan berterus-terang. Ini cuma pendapat peribadi saya.)

Read more...

Book swaps

>> Wednesday, July 21, 2010


Seronoknya terima bungkusan berisi buku! (Buka pun main koyak saja ;p)
Beli?
Bukan, pinjam.
Terima kasih Ummu Auni Afif (UAA).
Setakat ini dah banyak kali juga kami bertukar-tukar buku (book swaps).
Saya lebih beruntung, sebab UAA rajin update senarai bukunya, senang saya nak pilih.
Saya pula, kurang berdisiplin, senarai masih di takuk lama. Tak adil. Maaf UAA :(
Memang berbaloi, sebab kos pos kurang RM1 setiap buku (jika pos lebih 3 buah). (Eh, betulkah Pos Malaysia dah naikkan harga?)
Penerbit/penulis/penjual buku mesti tak suka baca post ni. (Woops, minta maaf :) )

Read more...

Peraduan Mengulas Buku PTS

>> Thursday, July 15, 2010

Berikut dipetik daripada laman web PTS. Walaupun dah terlepas 2 minggu, insyaAllah saya mahu cuba untuk 3 minggu yang terakhir ini :) Manalah tahu, ada rezeki boleh dapat buku percuma.

Anda peminat tegar buku terbitan PTS? Anda memiliki koleksi buku PTS yang bertimbun-timbun di rumah?

Mari kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku PTS yang sudah anda baca.

Sertai Peraduan Mengulas Buku PTS bermula 27 Jun hingga 31 Julai 2010 ini.

12 pemenang akan dipilih pada setiap minggu berdasarkan 4 kategori ulasan buku. Hadiah berupa buku-buku terbitan PTS menanti pemenang. PTS juga menyediakan 3 hadiah istimewa kepada pengulas yang paling banyak mengulas buku-buku PTS sepanjang peraduan ini.

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Anda cuma perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my. Kemudian, cari buku yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.

Tunggu apa lagi? Sertailah peraduan julung-julung kali diadakan ini dan jadilah salah seorang daripada 60 orang pemenang hadiah mingguan.

Tempoh Peraduan

Peraduan berlangsung selama 5 minggu bermula dari 27 Jun - 31 Julai 2010. Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

Minggu Pertama : 27 Jun-3 Julai
Minggu Kedua : 4-10 Julai
Minggu Ketiga : 11-17 Julai
Minggu Keempat: 18-24 Julai
Minggu Kelima : 25-31 Julai


Kategori Ulasan Buku

Novel Remaja & Kanak-kanak

Novel Dewasa

Komik

Bukan Fiksyen



Hadiah

Hadiah dibahagikan kepada 2 kategori:

1. Hadiah Mingguan
Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang bagi setiap kategori ulasan buku. Hadiah mingguan adalah seperti di bawah:

Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM50
Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM40
Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM30


2. Hadiah Utama
Sebaik berakhirnya peraduan, PTS akan memilih 3 peserta peraduan yang paling banyak menghantar ulasan buku PTS.



3 hadiah utama seperti berikut:

Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM200
Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM150
Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM100


* Pemenang boleh memilih sendiri buku PTS tetapi nilai buku tidak boleh lebih daripada nilai yang ditetapkan.

* Kos penghantaran ditanggung oleh PTS.

* Hadiah minggu akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu.

* Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.



Pengumuman Pemenang Hadiah Mingguan

Pemenang mingguan bagi setiap kategori akan diumumkan sebagaimana berikut:

Pemenang Minggu 1: 6 Julai 2010

Pemenang Minggu 2: 13 Julai 2010

Pemenang Minggu 3: 20 Julai 2010

Pemenang Minggu 4: 27 Julai 2010

Pemenang Minggu 5: 3 Ogos 2010



Pengumuman Pemenang Hadiah Terkumpul

Pemenang hadiah terkumpul akan diumumkan pada 3 Ogos 2010



Cara
1) Peserta perlu melayari Portal PTS di www.pts.com.my

2) Cari buku yang anda hendak buat ulasan dengan menaip judul buku pada ruang carian.

3) Klik pada judul buku yang terpapar pada halaman carian.

4) Klik pada tab ulasan pembaca.

5) Taip nama penuh dan e-mel yang sah.

6) Kemudian tulis ulasan dalam ruang yang disediakan.

7) Kemudian klik hantarPanel penilai akan menilai ulasan buku yang dihantar mengikut minggu yang ditetapkan.

8) Pemenang mingguan akan diumumkan pada tarikh seperti yang ditetapkan.

9) Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang diisi.



Syarat

1) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7 tahun dan ke atas.

2) Ulasan buku hendaklah dibuat menggunakan bahasa Melayu standard sahaja.

3) Setiap ulasan buku hendaklah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

4) Staf PTS termasuk ahli keluarga terdekat (ibubapa, anak-anak dan adik beradik) tidak layak menyertai peraduan ini.

5) Penulis PTS layak menyertai peraduan ini tetapi tidak boleh mengulas buku sendiri terbitan PTS.

6) Setiap peserta hanya layak menang satu sahaja hadiah mingguan yang ditawarkan sepanjang peraduan ini.

Read more...

Temubual bersama novelis Siti Munirah

>> Thursday, July 8, 2010

Beberapa minggu lalu saya ada menulis dengan ringkas mengenai salah satu novel yang baru saya baca iaitu Perindu Pelangi terbitan Galeri Ilmu. Kali ini, saya rasa teruja kerana dapat menemubual penulisnya, adik Siti Munirah Abdul Rashid melalui emel.

Sebelum itu, berikut merupakan biodata ringkas beliau. Biodata ini dipetik daripada blog beliau.

Siti Munirah berasal dari Simpang Ampat, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di SK Bukit Tambun, dan kemudian menyambung pengajian peringkat menengah di SMKA Nibong tebal. Dia merupakan salah seorang ahli keluarga GEN 7 tatkala menuntut di Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor dalam Kursus Persijilan Tahfiz DA-UIA. Dia kemudiannya meneruskan pengajian di Pusat Asasi UIAM dalam bidang Sains Fizikal, tetapi di pertengahan jalan, dia membuat keputusan untuk mengubah haluan pengajian. Kini, dia bakal menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada September 2010. Siti Munirah juga merupakan ahli Usrah Penulisan Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dan sukarelawan AMANI. Kedua-dua wadah ini di bawah naungan Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP).
Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah menulis novel Perindu Pelangi dengan begitu baik.

Apakah yang mendorong Munirah untuk menulis?

Menulis bagi saya adalah satu cabang dakwah. Di samping berkongsi ilmu yang ada dan menyampaikan risalah-risalah dakwah, menulis juga saya kira banyak membantu saya mengisi lompong-lompong waktu daripada terbuang dan sia-sia.

Mengapa memilih genre penulisan kreatif berbanding penulisan lain?

Saya memilih genre penulisan kreatif kerana genre ini lebih ramai khalayaknya serta lebih mudah diterima umum. Jadi, saya berharap risalah-risalah tazkirah saya lebih ramai yang mendapat manfaat darinya.

Mengapakah Munirah memilih negara China sebagai latar cerita Perindu Pelangi?

Saya memilih China sebagai latar cerita Perindu Pelangi kerana saya merasakan negara ini menyimpan khazanah sejarah dunia yang tidak sedikit namun jarang diterokai dalam novel. Saya merasakan Islam itu hidup walaupun di bumi mana sekalipun. Oleh itu, saya cuba menampilkan kehidupan masyarakat Islam yang terdapat di bumi berkenaan. Minat menonton drama-drama Cina terutamanya yang berlatarbelakangkan masyarakat lama Cina mungkin boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong saya untuk memilih negara ini di samping mewujudkan kelainan dalam novel sulung saya ini.

Boleh ceritakan sedikit mengenai novel kedua Munirah - apakah tajuknya, ceritanya
mengenai apa, dan bilakah novel ini akan terbit?

Tajuknya Qasidah Untuk kekasih. Novel ini saya kira merupakan novel remaja kerana watak-watak yang terlibat adalah para pelajar yang sedang menuntut di pusat asasi. Novel ini bertemakan kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW dan bagaimana cara untuk menyalurkan rasa cinta berkenaan terutamanya oleh para remaja. Dalam novel ini, saya turut memuatkan untaian-untaian qasidah sebagai salah satu bentuk berhibur sambil mengingati baginda rasulullah SAW. Novel ini sudah masuk dalam jadual penerbitan dan dijangkakan untuk terbit pada bulan Ogos. Novel kedua ini akan diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Siapakah penulis kegemaran Munirah? Dan mengapa?

Faisal Tehrani. Saya temui kelainan dalam tulisan-tulisan beliau. Saudara Faisal Tehrani membuat kajian sebelum menulis dan dia sangat jelas dengan setiap apa yang ditulisnya. Saya mahu mencontohinya.

Terima kasih saya ucapkan kepada adik Siti Munirah kerana sudi menjawab soalan-soalan saya. Saya ucapkan selamat maju jaya dalam bidang-bidang yang diceburi. Saya akan menanti novel kedua Siti Munirah terbit nanti!

Read more...

PPAS Bandar Baru Bangi

>> Monday, July 5, 2010

Ini gambar-gambar yang diambil sewaktu berkunjung ke PPAS Bandar Baru Bangi tempoh hari.


Ini bilik untuk kanak-kanak. Seronok ada kerusi dan meja comel-comel. Pilihan buku-buku boleh tahan menarik, tetapi sebahagiannya tidak boleh dipinjam.


Ini bilik Audio Visual. Ada bahan-bahan multimedia seperti CD dan DVD di perpustakaan ini tapi cuma untuk tontonan di sini, bukan untuk dipinjam bawa balik. Anak-anak saya sibuk tengok lukisan mural yang cantik di dinding.


Ini pula bahagian dewasa, fiksyen dan bukan fiksyen.


Ada rak-rak buku baru tiba hari itu (bagaimana dengan buku baru?). Ketika saya berkunjung lagi 3 minggu kemudian untuk pulangkan buku-buku yang dipinjam, rak-rak ini sudah dipasang, menggantikan yang lama.

Perpustakaan ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Cempaka dan Bangi Utama. Siapa yang tinggal berdekatan, ayuh singgah!

Read more...

Siapa Alien?

>> Tuesday, June 29, 2010

This post is originally published by Hidayah in her blog One Day At A Time. Thanks, Hidayah, for the permission for me to re-publish this review. This books sound good, and I can't wait to buy one for my children. Here's her pretty blog badge. (I picked the one with books in it, of course :) )





Blog Badge

"Children are made readers on the laps of their parents."

— Emilie Buchwald

Hehe.. Just thought I would review this new children's book by our very own local celebrity, Wardina Safiyyah. (Thanks to Ardi for getting my kids a signed copy.)



Title: Siapa Alien?

Author: Wardina Safiyyah

Illustrator: Uneh

Price: RM 19 (MPH)


Brief synopsis

This colourful book is about an inquisitive little alien named Ali who loves to explore and learn new things.

What I liked most about the book:

I still have difficulty in finding good quality Malay books for my pre-schoolers. Most are simply English fairytales or Asian folklore translated to Malay. So it was refreshing to find a book with its own theme and an original concept. Plus there are several additional interesting features, including little notes labelled "Soalan", "Nota" and "Fakta" to make the book more interactive. The illustrations by Uneh are suitably colourful and vibrant, drawing the child into the story.


What I disliked about the book:

It's a children's book, so there is not much to dislike. My only qualm is that some of the facts are not really ones that I personally would have chosen to highlight. For example: when discussing cities, the examples given were:

"kota terbaik untuk didiami di dunia ialah Vienna, Austria. Kota tercantik terletak di Eropah seperti Paris, Venice dan Vienna"

I guess, it's good that the author tries to introduce the child to cities all over the world but for me concepts like "terbaik" and "tercantik" are relative and subjective. Perhaps a discussion on "ibu kota" (capital cities) and which cities the child would like to visit may also be an option.


Additional points

There is also a very helpful guide for parents to fully make use of the book and a very interesting Activities section at the end of the book.


Rating: 4/5

All in all a very good first effort. All the best for future endevours!

~She's right. Always dare to dream, and make the dream a reality.~
pic googled

Read more...

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

>> Wednesday, June 16, 2010


Did this bus play a role in your childhood?

It did for me! I remember being excited about the dates the bus would visit my school, and I'd spent the entire recess choosing the books to be borrowed.

For awhile, I've thought about how I've been underutilising the library facilities near my place. The nearest public library to us is in Bandar Baru Bangi, under Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). So last Saturday, MH and I brought the kids there, motivated by the banner advertising a 'Pameran dan Jualan Buku'. The kids had a hard time pronouncing the word 'perpustakaan' though. Pustaan, puskaan - attempts by my two-and-a-half year old daughter. My four-year-old son fared better - he managed 'pustakaan'. They were so excited to go this place which their mummy has described as 'ada banyaaak buku'.

One of the objective of this visit was to register as members so that we can borrow books. We came armed with a passport-sized photo and copy of our IC. You see, many many months back, I had gone there earlier and took the forms and these were the requiremets as stated in the form. So I was pleasantly surprised when she said photo is not needed. And I also learnt that they have a photocopy machine there, so you can actually just walk in only with your original IC and you'd be able to register immediately - and borrow books immediately! That's another surprise. The form stated that it takes 5 working days to process the application, so I went not expecting to be able to borrow immediately. Boy, was I glad to be wrong. The thing is, they don't use the library card system anymore. We have to use our IC when borrowing (so that's why they no longer require a photo). I'm not sure whether I like this or not, because this means I personally have to be present everytime I want to borrow or return the books.


Membership is free. A member can borrow up to 3 books at any one time, and the books are due in 3 weeks. The penalty for late returns has increased, from 10 sen/day to 50 sen/day! Between MH and I, these are the books that we chose (well, actually I chose 5 and he chose 1 hahaha!). It's actually quite difficult to choose because they were quite a lot of interesting books. They do carry titles by Stephen King, Cecilia Ahern, Jodi Picoult, David Baldacci, Paolo Coelho, Agatha Christie, Joanna Trollope, and of course local titles by Ilham Hamdani, Abdul Latip Talib. These were just some examples. The collection is very limited of course, but I'm glad we're now able to utilise this public resource.


Members can borrow at any Selangor libraries, provided they haven't exhausted the 3-book limit. The state library in Shah Alam is open every day, but the others are closed on weekends except two Saturdays a month (week 2 and 4 - I always get confused which are those). If it were up to me, I'd arrange for all libraries to be open during weekends (not necessarily fully-staffed) and close them on 2 weekdays (say Tue-Wed?). Here are the opening hours:


Here's the link again, to check for their nearest library.

Read more...

Perindu Pelangi

>> Thursday, June 10, 2010

Novel pertama tulisan Siti Munirah A. Rashid ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Berikut merupakan sinopsis yang diberi dalam katalog buku Galeri Ilmu:

Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang simpati, lalu dia dibawa pergi. Belasan tahun dia hidup ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalannya dengan Isador, konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia.


Jika ditanya saya, apa sebenarnya tema atau konflik utama dalam cerita ini, saya pun tidak pasti. Yang saya pasti, novel setebal 388 halaman ini membawa pembaca mengikuti kisah Akil dalam jangkamasa lebih kurang dua tahun. Tapi saya memang amat suka akan novel ini. Syabas kepada penulis muda Siti Munirah!

Ceritanya meyakinkan, plotnya menarik dan bergerak laju, garapannya kemas dan tidak meleret-leret. Latar yang dipilih iaitu negara China dan kerjaya Akil sebagai tukang masak amat membantu dalam menghidupkan cerita. Akil selaku protagonis juga amat 'real' - walaupun hampir sempurna, tetapi tidak pula sunyi dari berbuat kesalahan. Saya suka - kisah kasih-sayang yang melangkaui hubungan darah, persahabatan yang melangkaui ukhuwwah agama. Namun, ada juga beberapa bahagian yang barangkali boleh diperbaiki dan diperkemaskan supaya tiada tanda tanya dari pihak pembaca. Saya tidak sebutkan di sini, kerana ini cuma pendapat peribadi saya. Lagi pun, saya tak mahu tuliskan 'spoiler' - nanti kalian sudah tahu sebahagian daripada cerita dalam novel ini.

Read more...
ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP