Perindu Pelangi

>> Thursday, June 10, 2010

Novel pertama tulisan Siti Munirah A. Rashid ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Berikut merupakan sinopsis yang diberi dalam katalog buku Galeri Ilmu:

Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang simpati, lalu dia dibawa pergi. Belasan tahun dia hidup ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalannya dengan Isador, konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia.


Jika ditanya saya, apa sebenarnya tema atau konflik utama dalam cerita ini, saya pun tidak pasti. Yang saya pasti, novel setebal 388 halaman ini membawa pembaca mengikuti kisah Akil dalam jangkamasa lebih kurang dua tahun. Tapi saya memang amat suka akan novel ini. Syabas kepada penulis muda Siti Munirah!

Ceritanya meyakinkan, plotnya menarik dan bergerak laju, garapannya kemas dan tidak meleret-leret. Latar yang dipilih iaitu negara China dan kerjaya Akil sebagai tukang masak amat membantu dalam menghidupkan cerita. Akil selaku protagonis juga amat 'real' - walaupun hampir sempurna, tetapi tidak pula sunyi dari berbuat kesalahan. Saya suka - kisah kasih-sayang yang melangkaui hubungan darah, persahabatan yang melangkaui ukhuwwah agama. Namun, ada juga beberapa bahagian yang barangkali boleh diperbaiki dan diperkemaskan supaya tiada tanda tanya dari pihak pembaca. Saya tidak sebutkan di sini, kerana ini cuma pendapat peribadi saya. Lagi pun, saya tak mahu tuliskan 'spoiler' - nanti kalian sudah tahu sebahagian daripada cerita dalam novel ini.

3 comments:

Ummu Mishkah June 13, 2010 at 8:29 PM  

owh.. macaman lah nak kembalikan minat membaca novel ni.. skrg duk proses buku berat2 jadi lebih cenderung kpd buku yang berat lah... tapi membaca novel memang best perasaannya.. teringat zaman remaja dulu2! :)

Ummu Auni June 13, 2010 at 9:48 PM  

barangkali mynie dah baca komen saya di goodreads (:. ups, tak boleh tulis sini, nanti spoil kan jalan ceritanya :)

Siti June 13, 2010 at 11:15 PM  

ummu mishkah,
takpe, kita boleh bahagikan role, akak baca buku berat, saya baca buku ringan, kang siapa pula nak baca buku berat hehe :)
tapi mmg baca novel ni satu bentuk entertainment, di samping ada juga ilmu dan mesej, insyaAllah..

ummu auni afif,
yes dah baca via email. saya (dan kak tini) naikkan expectation, lepas tu tak sampai pula ye.. sorry! well, lain pembaca lain taste/expectation lain pendapat :)

Post a Comment

ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP