Saya membesar membaca buku DBP
>> Monday, May 31, 2010
Sewaktu kecil, ibu bapa saya sering membelikan saya buku-buku cerita terbitan DBP. Saya masih ingat seronoknya dibawa mengunjungi pesta buku. Saya tak pasti pesta buku yang saya maksudkan itu hanya pesta buku DBP atau pesta buku antarabangsa seperti yang kita maklum hari ini. Barangkali hanya DBP, saya tidak ingat penerbit lain waktu itu.
Sayang, DBP sekarang sudah kurang menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja. Atau sebenarnya ada, tapi kurang publisiti? DBP telah menyerahkan hak mencetak dan mengedarkan buku-buku terbitannya kepada Dawama pada tahun 2002 untuk kontrak selama 12 tahun. Khabarnya ramai pihak yang tidak berpuashati dengan prestasi Dawama. Secara peribadi, saya tidak tahu buku-buku apa yang diterbitkan DBP, dan buku-buku DBP juga sukar dicari. Mujur ada pembelian online menerusi laman Dawama. Saya baru terjumpa laman ini dan masih belum cuba membeli. Kalian ada yang sudah membeli menerusi laman Dawama?
Hujung minggu lepas, saya mengambil gambar beberapa buku-buku DBP lama. Sayang, saya tidak berjumpa dengan koleksi Tidurlah Intan, ada berbelas juga siri itu. Waktu itu, harga buku yang mukasuratnya sekitar 100 halaman cuma sekitar tiga empat ringgit sahaja! Hari ini, 20-25 tahun kemudian, harga buku seumpama ini sudah naik tiga empat kali ganda, belasan ringgit kebiasaannya. Berapa agaknya harga buku yang perlu dibayar oleh anak-anak kita untuk cucu-cucu kita, ya?
Saya senaraikan (tidak mengikut aturan gambar) judul buku, nama pengarang, tahun diterbitkan dan harga (dicetak di mukasurat dalam). Waktu itu, simbol $ masih digunakan, RM belum diperkenalkan.
-Surat Sarina, Saniah Reduan, 1990, $4
-Tebing Tidak Tinggi, Zailiani Taslim, 1983, $4
-Disket Misteri, Admua M.N., 1991, $6
-Keduduk Pohon Larangan, Agus Salim & Mahaya Mohd Yassin, 1978, $2.80
-Teratai Teratak Desa, W. Zalina Razali, 1995, $7
-Bintang Harapan, Abdul Ahmad, 1982, $3
-Janji Bayan Budiman, Khairuddin Ayip, 1992, $8
-Dongeng Rakyat Dunia V, Yulis Haji Alwi, 1992, $4.50
-Anak Seorang General (Antologi Cerpen), 1987, $4
-Diana, Jamilah Alias, 1990, $4.50
-Fadhila, Othman Puteh, 1980, $3
-Misteri Pulau Hantu, Arifin Ngah, 1982, $3
15 comments:
teringat dulu penuh buku DBP di rumah. sekarang ni tak tahu siri tidurlah intan, ceritalah lagi dah ke mana :(
ish ish ish teringat koleksi buku2 akak. tapi most of it bagi kat orang dah. memang banyak sungguh rasanya dulu.
ummu auni afif,
nostalgia dbp :) terkilan sbb it's less of a giant that what it used to be.
knv,
kitorg dah lenjan 8 beradik, tak sempat nak bagi orang hehe.. but then, my youngest brothers skrg lebih minat main computer games berbanding baca storybooks.
sedih la dbp, what happened now kan kan kan
i got surat sarina :)
hey, diana was my fav! -i read it like 3 times a year although now cannot recall who was diana...
aida,
amazing you can recall without having to refer.
bas,
i can't remember the stories too hehe :) i think they were a few books that i remember better, but couldn't find them somehow. maybe i 'hid' them somewhere i myself have forgotten haha..
saya pun ada byk buku2 tu.. yang saya punya waktu kecik dah byk yang tak dpt dikesan kerna pindah rumah.. tapi saya kumpul balik waktu jualan buku dawama... byj dapat.. nanti saya upload kat blog... :)
ummufatihah,
wah, kumpul untuk anak-anak ke? :) tak sangka buku 20-30 tahun dulu masih dijual..
Kononnya untuk anak2 tapi yang sebenarnya nak puaskan hati sendiri... sebab waktu dulu2 tak dapat nak beli dgn berleluasanya.
Dawama selalu buat jualan buku yang kebanyakannya stok lama. Tapi bagi saya walaupun lama, buku takkan jatuh nilainya...
Banyak koleksi buku saya diperolehi dari sana...
OMG! ada buku2 yg tersenarai tu memang sy pernah baca. surat sarina, teratai teratak desa & anak seorang general.
sayangnya, tak dapat nk recall cerita2 tu semua tentang apa. hahaha! dh lama sangat rasanya :P
teratai teratak desa... one of an amazing book for me =)
bleh x sape2 bgth sy kat mana sy bleh dapatkan buku teratai teratak desa..sy nak sgt buku tu..
Salam,
Saya juga salah seorang peminat siri Tidurlah Intan sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Selalu meminjam di perpustakaan sekolah. Sudah lebih 5 tahun saya mencari siri ini untuk koleksi peribadi & anak2. Pencarian saya sudah berakhir.
Kalau sesiapa interested untuk dapatkan siri Tidurlah Intan ( edisi terbaru ) keluaran DBP jemputlah ke blog saya . Harga murah . Stok terhad .
http://almarimimie.blogspot.com/2011/09/bacalah-sayang-box-set-jilid-1-12-fka.html
mimiekiut,
saya berminat! kejap lagi saya emelkan.
jika berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan dbp dgn kadar harga diskaun, sila hubungi saifulnazaree@gmail.com. kadar diskaun hanya untuk belian tunai sahaja. terima kasih
Post a Comment