Book swaps
>> Wednesday, July 21, 2010
Seronoknya terima bungkusan berisi buku! (Buka pun main koyak saja ;p)
Beli?
Bukan, pinjam.
Terima kasih Ummu Auni Afif (UAA).
Setakat ini dah banyak kali juga kami bertukar-tukar buku (book swaps).
Saya lebih beruntung, sebab UAA rajin update senarai bukunya, senang saya nak pilih.
Saya pula, kurang berdisiplin, senarai masih di takuk lama. Tak adil. Maaf UAA :(
Memang berbaloi, sebab kos pos kurang RM1 setiap buku (jika pos lebih 3 buah). (Eh, betulkah Pos Malaysia dah naikkan harga?)
Penerbit/penulis/penjual buku mesti tak suka baca post ni. (Woops, minta maaf :) )
3 comments:
ooo murah je pos ye...very good idea! mynie, nanti aku balik swap dgn aku jugak ok, the post office is just next to the hosp!
bas,
alright - set! ;) insyaAllah by then my books will be better organised..
hehe, baru baca entri ini.
Terima kasih juga sudi meminjamkan buku.
Saya pun gelojoh juga tadi, main koyak je bungkusan yang mynie hantar :P (Oh, terima kasih, buku-buku tu baru sampai tadi)
Post a Comment