"Bagaimana akan kita katakan"

>> Wednesday, April 3, 2013

Saya kembali membaca puisi semenjak mendengar klip-klip deklamasi puisi yang disiarkan menerusi Radio Ikim. Dalam masa sebelun yang lepas ini sahaja, dua buah antologi puisi telah saya beli, iaitu karya Sasterawan Negara Usman Awang (berserta terjemahan dalam Bahasa Inggeris bersebelahan) yang diterbitkan ITNM bertajuk Jiwa Hamba/Enslaved Soul dan juga Mahligai Kencana buah tangan A. Aziz Deraman terbitan DBP.

Ini adalah salah satu puisi yang saya gemari.

Bagaimana akan kita katakan
A. Aziz Deraman, 1999

Pokok gawat telah berakar
di serata daerah wilayah
amat sukar bagi kita bongkar
selagi keyakinan kian parah
silap langkah merelakan darah

Bagaimana akan kita katakan
percayalah kita masih miliki kehidupan
selama suria bersinar bulan mengambang
kita tetap atur bijak kesempurnaan
baik selesa bagi zuriat masa depan

Bagaimana akan kita katakan
percayalah tiang-tiang negara miliki kekuatan
selama warga sepakat memupuk perpaduan
kita tetap akur hak dan keadilan
demi kesatuan kukuh tegap bertahan

Bagaimana akan kita katakan
percayalah tradisi budaya kekali di tangan
selama nilai terbaik masyarakat amalkan
akan tiada fitnah tiada pun pakatan
dengan kehendak-Nya tidak runtuh peradaban

Bagaimana akan kita katakan
bukanlah kita, maka pohon bangsa tumbang
akar budayanya kuat mencengkam
batang dan dahannya saluran kehidupan
berdaun kesenangan berbunga kebahagiaan

0 comments:

Post a Comment

ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP