Cikgu jual buku

>> Wednesday, June 29, 2011

Tempoh hari, kakak saya menunjukkan 3 buah buku aktiviti kanak-kanak sekolah dan bercerita cara guru kelas anaknya menjual buku-buku tersebut. Si guru akan mengedarkan buku-buku tersebut kepada setiap murid dan berpesan, "Cikgu bukan paksa beli. Bawa balik dulu buku ini untuk tengok-tengok. Kalau tak mahu beli, esok bawa kembali (tentunya yang tiada cacat-cela)." Ini cara 'opt out rather than opt ini' (memilih untuk tidak membeli, bukan memilih untuk membeli).

Agresif juga cara syarikat penerbitan buku kanak-kanak memasarkan buku menerusi sekolah. Saya pasti guru tersebut juga ada komisennya sebagai insentif. Saya tidak bersetuju dengan cara memasarkan produk terus kepada kanak-kanak kerana golongan ini lebih naif dan mudah dimanipulasi. Sebagaimana juga saya tidak bersetuju gula-gula , coklat, dan mainan diletakkan di kaunter pembayaran pada aras mata kanak-kanak. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu lebih sensitif terhadap isu ini. Jika ada pihak yang berminat hendak memasarkan produk di sekolah, berikan ruang untuk mereka buka gerai, dan janganlah edar pada setiap murid.

Note: Versi Bahasa Inggeris untuk post ini diterbitkan di blog baru saya Mesra Niaga (kebetulan topiknya mencakupi kedua-dua tema blog Buku dan Niaga :) ) Jemput singgah, ya!

0 comments:

Post a Comment

ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP