Perpustakaan Komuniti Sri Manja

>> Saturday, June 25, 2011

Beberapa hari lepas, Puan Mastura Mohamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ke udara di Radio IKIM bersama seorang lagi kakitangan PPAS (tidak tangkap namanya) untuk mempromosikan Pesta Buku Selangor yang bakal berlangsung dari 25 Jun hingga 3 Julai 2011 ini bertempat di SACC (Shah Alam).

Image credit to source: PPAS

Yang menarik perhatian saya, apabila beliau kongsikan tentang Perpustakaan Komuniti Sri Manja bertempat di Jalan Klang Lama yang merupakan salah satu projek terbaru PPAS. PPAS menggunakan ruang lot kedai yang bertempat di kawasan perumahan rumah teres dan flat. Saya kira konsepnya seakan-akan perpustakaan desa, cuma lokasinya di bandar. Perpustakaan Komuniti Sri Manja ini mendapat sambutan hangat. Kanak-kanak memenuhi perpustakaan ini sehingga pernah mencecah 150 orang pada satu-satu masa. 60% buku dipinjamkan, dan 4400 buah buku dipinjamkan dalam masa sebulan. Memang bertepatan dengan slogannya "Jom lepak di perpustakaan!" Ini membuktikan kanak-kanak memang suka membaca jika diberi peluang, tambah-tambah lagi dalam suasana yang kondusif.

Saya kagum dengan usaha PPAS membawa buku ke tengah-tengah komuniti. Syabas!

(Nota: Rupa-rupanya Puan Mastura Mohamad ini adik kepada Professor Muhaya Mohamad - pasangan adik-beradik yang hebat :) )

0 comments:

Post a Comment

ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP