Kelahiran seorang lagi bakal pembaca
>> Sunday, July 3, 2011
Memperkenalkan, anak ketiga saya yang lahir empat bulan lalu, bakal seorang pembaca, mesra buku insya-Allah.
Dalam tempoh tiga bulan cuti bersalin baru-baru ini, membaca menjadi salah satu aktiviti saya, terutama sewaktu menyusukan anak atau sekadar berbaring-baring dan berehat (amboi!). Alhamdulillah, puas! Walaupun selalu mengingatkan diri sendiri supaya memilih buku-buku yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi saya lebih mengikutkan hati memilih buku-buku yang menghiburkan (iaitu fiksyen).
Kembali kepada rutin asal di pejabat kini, bermakna kembali juga kepada jumlah masa yang terhad untuk membaca (atau, masa terhad cuma alasan?). Kadang-kadang, satu buku seminggu pun tidak dapat dihabiskan. Ini antara masa-masa yang saya cuba ambil untuk membaca:
- Sewaktu boot computer dan shutdown di pejabat (lebih lima minit juga nak siap upload macam-macam, computer pejabatlah katakan)
- Sambil mengepam susu dua kali sehari di pejabat (lebih kurang sepuluh minit setiap kali)
- Sewaktu menyusukan dan menidurkan anak pada waktu malam (bukanlah sepanjang-panjang penyusuan, saya juga perlu beri perhatian pada anak saya!)
- Sewaktu menunggu giliran jika beratur di bank, pejabat pos dan sebagainya
Saya pernah cuba membaca sewaktu memandu apabila trafik sangat-sangat perlahan, tapi ini memang bukan idea yang baik. Memeningkan dan membahayakan! Usah cuba!
2 comments:
Cute! Good Luck! =)
bagus amalan membaca sebegini.. boleh dipraktikkan.. namun manusia punya alasan lebih- takde masa.. aduyai..
good luck..
Post a Comment