Set Bacalah Sayang

>> Sunday, October 23, 2011

Apabila ada komen yang ditinggalkan di blog ini memberikan link ke blog menjual set buku Bacalah Sayang ini saya bergegas singgah. Dan bergegas juga menulis e-mel kepada pemunya blog, Mimie untuk membeli satu set. Bacalah Sayang ini merupakan set yang menggantikan siri Tidurlah Intan terbitan DBP lebih kurang dua puluh tahun dahulu. Saya pernah ternampak set ini di sebuah kedai buku tetapi tidak membeli walaupun berminta kerana harganya dirasakan agak mahal (RM180). Tetapi di blog Mimie, saya cuma mebayar RM80 (termasuk kos pengeposan) sahaja! Jika anda berminat, lekas hubungi Mimie kerana stoknya terhad.


Setiap set mengandungi 12 buku (satu setiap bulan) dengan setiap buku mengandungi koleksi cerita rakyat, cerita moden, puisi, lagu, dan teka-teki yang sama jumlah dengan hari dalam bukan itu (satu bacaan setiap malam). Jikalau saya tidak silap, DBP menerbitkan cerita/puisi/lagu/teka-teki yang sama dengan Tidurlah Intan, cuma menggunakan ilustrasi yang baharu.



Setelah membacakan satu cerita kepada anak-anak saya, saya pula yang 'terkejut' kerana anak saya yang sulung minta dinyanyikan lagu (walaupun saya belum sebut pasal lagu).

Saya bertanya kepadanya, "Mana Abang tahu ini lagu?"

"Sebab ada ini," jawabnya sambil menunjukkan barisan not-not lagu.

Saya rasa pelik sebab saya belum pernah mendedahkan dia kepada not-not lagu, dan saya tahu di tadika dia tidak diajar pelajaran muzik. Saya bertanya, "Mana abang tahu kalau macam ini maknanya lagu?"

"Abang pernah tengok di komputer." Ya, itulah generasi sekarang ya. Mesti tengok-tengok juga apa yang mereka belajar di internet. Dengan ingat-ingat lupa naik turun not lagu dan panjang pendeknya, sekadar yang pernah belajar di sekolah rendah lebih dua puluh tahun yang dulu, saya pun cuba menyanyikan lagu itu. Mesti sumbang, hehe..

7 comments:

Anonymous,  October 23, 2011 at 8:45 PM  

salam...
time kasih ngn cadangan buku ini..bleh cadangkan saya kat mana nak cari buku kanak-kanak tentang kisah nabi,kisah teladan dlm Quran dan seumpama dengannye?tq

Siti October 26, 2011 at 9:06 AM  

ummu auni,
sure. i'll pass sikit2 to you as we finish reading them. tapi mmg dia betul2 sama dgn 'tidurlah intan'.

salam dik anonymous,

boleh cuba cari di galeri ilmu
http://www.galeriilmu.com.my/index7.php?&PageSelId=27&PageSelTaj=GI+Buku&PageSelN2=1

atau penerbit pts:
http://www.bookcafe.com.my/en/kanak-kanak/
(tapi bercampur dgn novel biasa, kena cari2)

Unknown April 13, 2015 at 9:03 AM  

Ada lagi tak buku ni...saya nk sangat2..

Unknown April 13, 2015 at 9:04 AM  

Ada lagi tak buku ni...saya nk sangat2..

Unknown March 8, 2018 at 11:35 PM  

Saya nak jugak nak sangat beli set buku tidurlah intan / bacalah sayang. Pls help me

Jazz September 3, 2021 at 11:44 AM  

Kalau saya nak mintak cik kongsi kepada saya kisah sebiji epal emas boleh tak?...

Post a Comment

ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP