Ekspo Buku Islam & Festival Buku Kanak-kanak

>> Wednesday, October 26, 2011

Ekspo Buku Islam akan berlangsung di Tingkat 2, KL Sentral bermula dari 26 Oktober hingga 1 November 2011. Ekspo ini dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn Bhd dan merupakan kerjasama antara penerbit-penerbit seperti Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni & JS Adiwarna, MMP Communications, Yadim, Must Read Sdn Bhd, dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman ini.

Dan satu lagi pesta buku yang akan berlangsung pada waktu yang lebih kurang sama iaitu Festival Buku Kanak-kanak 2011, dari 27 Oktober hingga 2 November 2011 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. Saya tidak berjumpa dengan laman rasmi festival ini, cuma pengumuman di laman DBKL dan di laman penerbit-penerbit yang mengambil bahagian. Festival ini dianjurkan oleh National Book Council, dan saya cuba mencari laman webnya tapi tak berjumpa. Tak logik National Book Council tiada laman rasmi, kan?

2 comments:

Lyla Ibrahim October 26, 2011 at 6:34 PM  

memang dari dulu National Book Council tiada laman web..
memang pelik..
mereka tak pernah terfikir ke nak buat pertandingan mereka laman web..
I'm telling you there will be lots of my friends who would like to participate..
huhu

siti October 31, 2011 at 2:38 AM  

lylaROCKprincess,
oh memang tiada! saya ingatkan saya yang tak jumpa cari.
kalau buat pertandingan mungkin lebih kompleks. lagi senang kalau peruntukkan bajet RM1-2k dan upah mana-mana web designer.

Post a Comment

ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP