Tablet sebagai e-reader

>> Tuesday, November 22, 2011

Saya kurang gemar membaca e-book (fail digital) di skrin komputer. Hilang sebahagian nikmat membaca itu sendiri. Saya lebih suka membaca sambil duduk-duduk di atas sofa atau berbaring di atas katil (jika di rumah). E-reader pula skrinnya agak kecil, dan fungsinya terbatas.

Tapi kini ...

Credit to image source www.examiner.com

Ya, apabila pasaran mula dibanjiri dengan gajet tablet pelbagai jenama, spesifikasi dan harga, saya mula menimbang-nimbang. Terutama apabila adik saya menunjukkan senarai e-book yang dimilikinya berjumlah 600 lebih! Meleleh air liur. Baiklah, memang bukan kesemuanya akan dibaca, tapi saya rasa lebih separuh merupakan tajuk-tajuk yang saya berminat untuk baca.

Apabila saya pegang, tablet itu tidaklah berat mana. Bolehlah kalau nak dipegang sambil berbaring. Saiz skrinnya begitu hampir dengan saiz buku biasa. Walaupun perasaannya memang tak sama dengan memegang sebuah buku fizikal, tapi ... 600 buah buku (lebih, semestinya) dalam satu gajet - mudah dibawa ke mana-mana, jimat ruang penyimpanan. Tablet juga ada banyak lagi fungsi lain, jadi ia bukan sekadar e-reader semata-mata.

Tapi, saya tidak mahu jika anak-anak saya banyak habiskan masa main game pada tablet. Suami saya kata, mudah sahaja, jangan download dan install game.

Tapi, saya rasa ia masih satu kemahuan dan bukan keperluan.

Banyaklah pula 'tapi'nya. Jadi, bagaimana?

6 comments:

Ummu Auni November 23, 2011 at 12:08 AM  

harganya berapa? menarik. buku dah overspill :P

Anonymous,  November 23, 2011 at 12:49 AM  

ni yang macam galaxy tab semua tu ke? hihihi agak rabun IT disitu. :D

-knv-

Anonymous,  November 23, 2011 at 4:41 AM  

kindle? tgh murah skrg ( tp x tau harga tablet brp)
-bas

Siti M November 23, 2011 at 7:09 PM  

ummu auni,
biasanya harga 1k+ (most common price 1.5k), yg 2k+ pun ada. ni ada terserempak satu groupon yg murah (tp tak tau offer sampai bila, kot2 dah tamat) just 500, tp unknown brand lah.
http://www.groupon.my/deals/national-deal/dino-direct/715905478?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_325&a=715827970

kak non,
ya betul! galaxy tab yg disebut sbg contoh. ingatkan nak sebut iPad - rasanya itu yg paling popular skrg hehe..

bas,
kindle still not supported in malaysia. i know ada cara to get around this, using a US address etc, tp mcm leceh je. kindle is cheaper than tablet, and byk choice to buy ebooks from amazon, tp the cons tulah: 1) not supported in malaysia and 2) limited function (tak boleh download byk apps) it seems to be quite small (storage-wise) too..

ahmadyani November 28, 2011 at 1:48 AM  

Salam untuk tuan punya blog dan pembaca di sini. Saya baru menjenguk ke sini.

Memang betul tablet buat masa sekarang hanyalah kemahuan bukan keperluan. Beli bila betul-betul mahu menggunakannya, bukan kerana terikut-ikut apa yang orang beli. Beli sebab mampu beli juga tidak sepatutnya.

kukuanga December 12, 2011 at 10:00 PM  

siti,
i'm old fashioned, i knew. i love leafing through pages of paper to read. the smell, the physical attachment.. its so romantic to let go for a digital substitute.

Post a Comment

ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP