Saya mahu informasi dan ilmu dunia buku daripada blog Universiti Terbuka PTS
>> Wednesday, March 2, 2011
Saya mula mengikuti blog Universiti Terbuka PTS (juga dikenali sebagai UnikaPTS) sejak tahun 2007 lagi. Blog ini dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd (terima kasih, puan!) iaitu salah seorang pemegang saham utama rangkaian syarikat-syarikat penerbitan PTS. Puan Ainon ini memang tidak lokek ilmu, beliau memang sanggup menghabiskan banyak masa untuk berkongsi ilmu-ilmu dunia penerbitan. Setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya satu post. Itu belum termasuk tips-tips ringkas yang beliau kongsikan menerusi Facebook dan kursus-kursus percuma yang beliau berikan pada hujung minggu. Prinsip beliau yang diterjemahkan melalui syarikat-syarikat PTS ialah memandaikan bangsa melalui penulisan dan penerbitan. Dan beliau juga tidak percaya dengan konsep bersaing di dalam dunia bisnes. Sebaliknya kita digalakkan supaya saling tolong-menolong dan berlumba dengan sihat.
Apa yang ada dalam blog UnikaPTS?
Ada pengumuman tarikh kursus-kursus percuma pada hujung minggu yang diadakan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang. Sesiapa yang berminat boleh daftarkan diri dalam ruang komen.
Contoh: Kursus Terjemahan Kreatif Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu pada Ahad 20 Mac 2011 dan Kursus Penulisan Bukan Fiksyen : Teknik Adaptasi.
Ada tips survival penerbit. Walaupun saya bukan penerbit, tapi memang menarik juga belajar tentang bisnes dalam bidang penerbitan ini.
Contoh: Kawalan Hutang dan Bagaimana Penerbit Memilih Buku untuk Promosi di Slot Radio dan TV
Ada tips untuk penulis mencari idea atau merancang buku apa yang harus mereka tulis dan bagaimana. Ada juga perkongsian pengalaman daripada penulis.
Contoh: Mencipta Nama untuk Cerita Kanak-Kanak dan Awal Remaja & Cara Kerja Ain Maisarah Mencipta Jalan Cerita
Ada tips untuk usahawan yang berniaga buku.
Contoh: Seni Pempameran Buku Dalam Kiosk buku dan Bisnes Menjual Buku Secara Bergerak
Ada pengumuman buku-buku baru yang diterbitkan PTS. Saya rasa memang ini banyak membantu meningkatkan jualan buku-buku PTS.
Contoh: Senarai Judul Baru Masuk Gudang dan Carta Jualan Buku.
Ada pengumuman jualan buku, diskaun, pertandingan, peraduan, kempen atau promosi.
Contoh: Diskaun Istimewa di HQ PTS & Kempen Komik-M Sempena Cuti Sekolah
Lagi, ada berita penubuhan syarikat/persatuan baru, iklan jawatan kosong, peluang-peluang tertentu dan liputan acara-acara yang berlangsung.
Contoh: Jawatan Kosong Editor di PTS Millenia dan Delegasi PTS ke Pesta Buku Kaherah
Ada berita dan komentar isu sastera tanah air, surat pembaca, malahan ada juga pelajaran tatabahasa!
Contoh: Surat Ulat Buku & Ejaan Kata Majmuk
Pendek kata, macam-macam ada! Untuk semua, dari golongan pembaca hinggalah kepada orang-orang yang terlibat secara langsung dalam industri penerbitan buku ini. Memang blog/website ini blog wajib-lawat bagi seorang ulat buku seperti saya yang ada impian nak tulis buku sendiri satu hari nanti!
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
4 comments:
semua orang nakkan i pad :D
cuba-cuba je, walaupun nampak macam susah je contest mommy lyna ni :)
nice.. banyak link ke entry2 uni itu.JOM KE: ALL IN ONE
good luck
nur,
terima kasih sudi tinggal jejak :)
Post a Comment