PBAKL 2013
>> Monday, April 22, 2013
26 April dan akan berlangsung di lokasi biasa iaitu PWTC selama sepuluh hari.
'Istimewa'nya Pesta Buku kali ini, hari terakhirnya 5 Mei 2013 bakal bertembung dengan hari mengundi rakyat Malaysia bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Implikasinya kepada Pesta Buku:
- kurang pengunjung pada 5 Mei 2013 kerana masing-masing pergi mengundi, dan kemungkinan juga beberapa hari sebelum itu (kerana sebahagian pengundi akan pulang ke kampung lebih awal)
- PWTC bakal menjadi lebih sesak berbanding biasa, kerana ia merupakan salah sebuah pusat gerakan UMNO. Malahan pihak penganjur PBAKL sendiri telah menasihatkan para pengunjung menerusi laman FB mereka supaya mengelakkan daripada mengunjungi PWTC pada 5 Mei selepas jam 6 petang kerana dijangkakan para penyokong UMNO akan berkumpul di PWTC bagi menunggu dan mendengar keputusan pilihan raya.
Dan hari ini pula, sebenarnya adalah Hari Buku Sedunia! Sangat low-profile bukan? Saya pun baru 'teringat' hari ini.