Tablet sebagai e-reader
>> Tuesday, November 22, 2011
Saya kurang gemar membaca e-book (fail digital) di skrin komputer. Hilang sebahagian nikmat membaca itu sendiri. Saya lebih suka membaca sambil duduk-duduk di atas sofa atau berbaring di atas katil (jika di rumah). E-reader pula skrinnya agak kecil, dan fungsinya terbatas.
Tapi kini ...
Ya, apabila pasaran mula dibanjiri dengan gajet tablet pelbagai jenama, spesifikasi dan harga, saya mula menimbang-nimbang. Terutama apabila adik saya menunjukkan senarai e-book yang dimilikinya berjumlah 600 lebih!
Apabila saya pegang, tablet itu tidaklah berat mana. Bolehlah kalau nak dipegang sambil berbaring. Saiz skrinnya begitu hampir dengan saiz buku biasa. Walaupun perasaannya memang tak sama dengan memegang sebuah buku fizikal, tapi ... 600 buah buku (lebih, semestinya) dalam satu gajet - mudah dibawa ke mana-mana, jimat ruang penyimpanan. Tablet juga ada banyak lagi fungsi lain, jadi ia bukan sekadar e-reader semata-mata.
Tapi, saya tidak mahu jika anak-anak saya banyak habiskan masa main game pada tablet. Suami saya kata, mudah sahaja, jangan download dan install game.
Tapi, saya rasa ia masih satu kemahuan dan bukan keperluan.
Banyaklah pula 'tapi'nya. Jadi, bagaimana? Read more...