Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

>> Wednesday, March 28, 2012

Kurang sebulan lagi Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 akan berkunjung tiba, bahangnya semakin terasa!


Tarikh: 27 April hingga 6 Mei
Tempat: PWTC
Tagline (cukup saya suka): Books - World Without Borders

Yang peliknya, laman rasmi KLIBF sepi dan kosong, seolah-olah sudah kena godam. Hmm ...

Lekas, senaraikan buku apa yang dicari!

(Nota: laman web KLIBF telah dipindahkan ke sini)

Read more...

Perbadanan Kota Buku

>> Sunday, March 18, 2012

Sudah lama tidak mendengar tentang Kota Buku. Menarik juga untuk memperhatikan perkembangan badan ini. Berita pertama ditulis oleh Nazmi Yaakub dalam Berita Harian pada 17 Feruari lepas tentang sesi sumbang saran yang berlangsung. Manakala artikel kedua dipetik daripada laman blog penerbit Silverfish.

Ke mana arah Kota Buku?

Oleh Nazmi Yaakub

nazmi@bharian.com

2012/02/07 Gah pada nama tanpa pengisian atau seiring tuntutan industri

PERJALANAN Kota Buku di Kuala Lumpur bukan saja masih panjang, bahkan mencari-cari langkah awal sekiranya Sesi Sumbang Saran Penggiat Industri Perbukuan Negara dan Perbadanan Kota Buku (PKB) Bersama Penggerak Industri di Kuala Lumpur, baru-baru ini, diambil kira. Ini kerana tugas asas dalam menentukan bidang keutamaan Kota Buku dan pertindihan bidang kuasa dengan agensi kerajaan dalam industri buku serta sastera belum diselesaikan secara sempurna. Hal ini boleh dilihat pada taklimat yang disampaikan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Kota Buku, Norhayati Razali, yang berkongsi matlamat dan fungsi Kota Buku di bawah PKB yang ditubuhkan Julai lalu.

Apatah lagi sumbang saran yang diadakan sebanyak dua sesi itu seolah-olah membuka pintu ‘tebatan banjir’ sehingga pandangan daripada syarikat penerbitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti persatuan penulis, penterjemah, seni serta penggiat industri buku.

Ini kerana setiap pihak yang memberi cadangan bersesuaian dengan bidang kepakaran dan kecenderungan masing-masing, sekali gus melonggokkan saranan yang perlu diteliti kembali oleh PKB.

Presiden Lembaga Antarabangsa Buku Remaja dan Kanak-Kanak (IBBY), Ahmad Redza Ahmad Khairuddin, menyarankan Kota Buku dijadikan sebagai ruang untuk bermesyuarat dan aktiviti kecil, tetapi penuh makna seperti bengkel.

“Kota Buku wajar memberi tumpuan kepada pembaca dari generasi muda khususnya kanak-kanak sehingga ia menjadi tempat untuk mereka membesar. Ini dapat meninggalkan memori kepada mereka apabila dewasa, sekali gus tetap menjadi lokasi yang masih perlu dikunjungi walaupun selepas dewasa,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Ahli Lembaga Pengarah PKB, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan.

Ahmad Redza berkata, Kota Buku juga perlu mewujudkan ruang pameran yang boleh menampilkan bahan dokumentasi dalam industri perbukuan termasuk ilustrasi buku kanak-kanak.

“Kota Buku perlu belajar daripada realiti yang wujud di perpustakaan di negara ini yang memiliki bangunan yang besar, tetapi kurang aktiviti bermakna.

“Ini kerana kecenderungan kita untuk memberi tumpuan yang lebih kepada reka bentuk bangunan, berbanding pengisian yang boleh dibuat,” katanya pada acara yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah PKB, Tan Sri Dr Asiah Abu Samah; Pengurus Kanannya, Razin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan.

Ahmad Redza berkata, tumpuan juga wajar diberikan kepada buku kanak-kanak kerana isi kandungan tempatan disifatkan amat berkurangan dalam industri buku tanah air.

“Kita perlukan fokus untuk buku kanak-kanak untuk membuktikan industri ini aktif dan memberikan sumbangan kepada kemajuan negara.

“Setakat ini struktur PKB sudah pun wujud, tetapi yang lebih penting ialah kegiatan yang mampu digerakkan Kota Buku, sekali gus tidak terkongkong kepada hal bersifat struktur pentadbiran saja,” katanya.

Pandangan Ahmad Redza itu diperakukan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Penterjemah Malaysia, Syed Nurulakla Syed Abdullah, yang menyarankan PKB mewujudkan program mentor dengan melantik sasterawan dan pengarang mapan sebagai pembimbing.

“Program ini boleh berpusat di Kota Buku dengan PKB menjadi penyelaras dan pemudah cara sama ada secara dalam talian atau bengkel.

“Ramai penggiat, editor, penulis, pelukis ilustrasi dan penterjemah ada di negara ini, sekali gus kepakaran mereka wajar disalurkan untuk membina lebih ramai bakat baru dari kalangan generasi muda,” katanya.

Syed Nurulakla yakin bahawa pembangunan sumber manusia perlu diberikan keutamaan oleh PKB kerana kewujudan penulis, penyunting, pelukis ilustrasi dan penterjemah yang dapat meningkatkan jumlah penerbitan 26,000 judul dalam setahun seperti disasarkan kerajaan.

Presiden Persatuan Editor Malaysia (PEM), Prof Madya Dr Hamedi Mohd Adnan, mengingatkan PKB kepada sejarah Kota Buku Paju, Korea Selatan yang berupaya menawarkan sesuatu yang diperlukan oleh industri buku untuk berkembang.

“Kejayaan Kota Buku Paju pada peringkat awal adalah bergantung kepada pemain dalam industri buku sehingga mereka sendiri sanggup datang kepadanya.

“Kota Buku tidak dapat bertahan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada industri seperti syarikat penerbit dan pengedar, selain penulis, pencetak dan penjual,” katanya yang juga Ketua Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM).

Antara peranan yang boleh dimainkan PKB ialah memberi tumpuan terhadap pengumpulan dan pembinaan data kerana industri buku di negara ini sangat miskin daripada aspek itu.

“Kita tidak ada pusat dokumentasi untuk dirujuk oleh penerbit buku misalnya bagi mendapatkan data tentang kajian trend semasa dalam konteks minat membaca.

“Setakat ini kita melihat Kota Buku lebih bersifat galakan yang datang daripada kerajaan dan bukannya berpunca daripada industri itu sendiri,” katanya.

Berdasarkan pandangan yang dilontarkan dalam sesi sumbang saran itu, PKB nampaknya tidak kekurangan idea dalam menghidup dan merancakkan Kota Buku supaya ia tidak hanya menjadi bangunan yang didiami oleh birokrat buku.

Bagaimanapun, PKB perlu menentukan bidang kebitaraan dan fokus utamanya dalam industri buku serta menggariskan sasaran jangka masa pendek dan panjang termasuk membabitkan penyertaannya dalam acara yang bersifat antarabangsa seperti sebagai negara tamu dalam pameran buku antarabangsa.

Selain menyelesaikan pertindihan dengan agensi buku, bahasa dan sastera sedia ada, PKB juga wajar menawarkan sesuatu kepada industri untuk turut sama menghidupkannya, selain acara dan program dengan pengarang, penterjemah, pelukis ilustrasi dan pembaca.


Kota Buku (The Malaysian Book City)

Newly appointed General Manager (Pengurus Kanan) of Perbadanan Kota Buku, Encik Razin Abdul Rahman, insists that the function of Kota Buku is to facilitate the growth of private publishers in Malaysia and to not compete with them. Kota Buku’s aim is to oversee and support the growth of the entire book industry in the country regardless of language. Towards this end, and as its first project, Kota Buku will organise a monthly three-day-long, Pekan Sari Buku, the first one beginning on 23 March 2012, at Lanai Tuanku Abdul Rahman. All publishers (traditional, fringe or self), be it in Bahasa, English, Mandarin or Tamil, are welcomed to participate. (The Kota Buku website is still under construction; so those interested in more information should contact the Kota Buku office, Tel:603-83217011, or email razinabdrahman@yahoo.com

Razin says, Kota Buku is looking at several other projects to support the publishing industry including the development of children’s literature, R&D of e-books for use in schools, digitisation of contemporary and classical Malaysian literature with print-on-demand (POD) and digital download possibilities, and others. Towards this end, Razin is willing to listen to all ideas and suggestions.

The idea for the Kota Buku has been up in the air for a while, and it has finally materialised as Perbadanan Kota Buku (Kota Buku) in July 2011. Its chairman is Tan Sri Dr Asiah Abu Samah (formerly DG of the Ministry of Education) and on 3 Jan 2012, Razin Abd Rahman (formerly with ITNM) was appointed as its GM. (He could be appointed the CEO, soon.)

Kota Buku will work with publishers, writers, graphic designers, illustrators and distributors to promote book-related activities.

A six-storey building on Jalan Raja Laut will become its headquarters in two to three years. The building is planned as a place for activities and research. But Razin also sees many activities happening at public venues and not necessarily inside buildings. The Kota Buku is a nationwide endeavour.

Currently, the Kota Buku office is in Cyberjaya, but will move to the Dewan Bahasa dan Pustaka premises in Kuala Lumpur. Razin is currently seeking to employ multi-racial staff for his budding organisation. (Email above)

Razin’s sincerity is not in question but, as he admits, as much as he would like to be politically agnostic, he cannot ignore the minefields. It would be interesting to see how he negotiates them, what with Faisal Tehrani’s latest book being banned by Jakim, and Pak Samad becoming a poster boy for certain politically incorrect causes (as some would see it).

Read more...

What you read

>> Thursday, March 1, 2012

“What you read when you don’t have to determines what you will be when you can’t help it.” Oscar Wilde

via exp.lore.com

Read more...
ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP