Cikgu jual buku

>> Wednesday, June 29, 2011

Tempoh hari, kakak saya menunjukkan 3 buah buku aktiviti kanak-kanak sekolah dan bercerita cara guru kelas anaknya menjual buku-buku tersebut. Si guru akan mengedarkan buku-buku tersebut kepada setiap murid dan berpesan, "Cikgu bukan paksa beli. Bawa balik dulu buku ini untuk tengok-tengok. Kalau tak mahu beli, esok bawa kembali (tentunya yang tiada cacat-cela)." Ini cara 'opt out rather than opt ini' (memilih untuk tidak membeli, bukan memilih untuk membeli).

Agresif juga cara syarikat penerbitan buku kanak-kanak memasarkan buku menerusi sekolah. Saya pasti guru tersebut juga ada komisennya sebagai insentif. Saya tidak bersetuju dengan cara memasarkan produk terus kepada kanak-kanak kerana golongan ini lebih naif dan mudah dimanipulasi. Sebagaimana juga saya tidak bersetuju gula-gula , coklat, dan mainan diletakkan di kaunter pembayaran pada aras mata kanak-kanak. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu lebih sensitif terhadap isu ini. Jika ada pihak yang berminat hendak memasarkan produk di sekolah, berikan ruang untuk mereka buka gerai, dan janganlah edar pada setiap murid.

Note: Versi Bahasa Inggeris untuk post ini diterbitkan di blog baru saya Mesra Niaga (kebetulan topiknya mencakupi kedua-dua tema blog Buku dan Niaga :) ) Jemput singgah, ya!

Read more...

Perpustakaan Komuniti Sri Manja

>> Saturday, June 25, 2011

Beberapa hari lepas, Puan Mastura Mohamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ke udara di Radio IKIM bersama seorang lagi kakitangan PPAS (tidak tangkap namanya) untuk mempromosikan Pesta Buku Selangor yang bakal berlangsung dari 25 Jun hingga 3 Julai 2011 ini bertempat di SACC (Shah Alam).

Image credit to source: PPAS

Yang menarik perhatian saya, apabila beliau kongsikan tentang Perpustakaan Komuniti Sri Manja bertempat di Jalan Klang Lama yang merupakan salah satu projek terbaru PPAS. PPAS menggunakan ruang lot kedai yang bertempat di kawasan perumahan rumah teres dan flat. Saya kira konsepnya seakan-akan perpustakaan desa, cuma lokasinya di bandar. Perpustakaan Komuniti Sri Manja ini mendapat sambutan hangat. Kanak-kanak memenuhi perpustakaan ini sehingga pernah mencecah 150 orang pada satu-satu masa. 60% buku dipinjamkan, dan 4400 buah buku dipinjamkan dalam masa sebulan. Memang bertepatan dengan slogannya "Jom lepak di perpustakaan!" Ini membuktikan kanak-kanak memang suka membaca jika diberi peluang, tambah-tambah lagi dalam suasana yang kondusif.

Saya kagum dengan usaha PPAS membawa buku ke tengah-tengah komuniti. Syabas!

(Nota: Rupa-rupanya Puan Mastura Mohamad ini adik kepada Professor Muhaya Mohamad - pasangan adik-beradik yang hebat :) )

Read more...

Children books

>> Thursday, June 16, 2011

I came across the Yusof Gajah Lingard website from Emila Yusof’s blog. Quoting from the website, “The Yusof Gajah Lingard Literary Agency represents writers, illustrators and publishers of children and young adult books for international rights.”

The books sure look interesting. I think I’ll choose a few for my kids to enjoy.

Read more...

Antologi cerpen Malaysia

>> Thursday, June 2, 2011


Buku ini saya pinjam daripada perpustakaan awam berhampiran. Melihat barisan nama penulis sahaja sudah cukup untuk memaut keinginan saya untuk mengulitinya.

Abdullah Hussain
A Samad Ismail
A Samad Said
A Wahab Ali
Anwar Ridhwan
Arena Wati
Awangku Merali
Azizi Hj Abdullah
Azmah Nordin
Che Husna Azhari
Douglas Jaga
Eh Deng Eh Chik
Faisal Tehrani
Fatimah Busu
Hasidah Disan
Hizairi Othman
Ismail Abbas
Janathan Kandok
Jiso Rutan
Jong Chian Lai
Khatijah Hashim
K S Maniam
Lim Chiao Kee
Noorjaya
Othman Puteh
Saroja Theavy Balakrishnan
Shahnon Ahmad
Shuhaibun Yussuf
Siti Hadiah Abd Mutalib
Siti Zainon Ismail
Sritharanee Subramaniam
S M Zakir
S Othman Kelantan
Uthaya Sankar SB
Zaharah Nawawi
Zakaria Ali

2 daripada 36 cerpen yang terkandung dalam buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris, manakala selebihnya telah diterjemahkan daripada bahasa Malaysia. Saya petik daripada bahagian Kata Pengantar:

This anthology is initiated with three main intentions. One, to increase teh number of quality translated works in this country in our effort to further develop the publishing sector. Two, to introduce "Malaysian literature" to non-Malay audience in this country; and three, to promote Malaysian literature to the rest of the world.

Saya cuba cari dalam laman Dawama barangkali ada versi bahasa Malaysia, malangnya tiada. Ini capaian ke laman Dawama untuk membeli buku ini. Saya setuju sahaja dengan ketiga-tiga objektif yang telah digariskan seperti di atas, tetapi manalah tahu, DBP terbitkan dalam kedua-dua bahasa. Saya ingin memperelok lagi penguasaan bahasa kebangsaan. Tambah pula, setelah membaca beberapa cerpen, memang terasa benarnya 'Bahasa jiwa bangsa'. Banyak istilah-istilah yang tidak dapat diterjemahkan dengan sempurna kerana terjemahan itu tidak dapat membawa 'semangat' atau jiwa asal maksud. Contohnya, pelik rasanya membaca 'circumcision' berbanding 'sunat/khatan', 'cooking games' berbanding 'main masak-masak', dan 'egret' berbanding 'bangau', sekadar beberapa contoh.

Walaubagaimanapun, saya kira buku ini masih amat menarik kerana mengumpulkan 36 cerpen bercitra Malaysia daripada penulis-penulis ternama. DBP sebenarnya banyak menerbitkan buku-buku yang berkualiti tinggi. Malangnya, pembaca tidak tahu mengenai buku-buku ini dan sukar didapati di kedai-kedai. Saya tidak mahu bicara lebih-lebih isu ini, sebab saya bukanlah siapa-siapa dalam industri penerbitan. Sekadar luahan seorang pembaca.

Read more...

Short thoughts on several books

>> Monday, May 23, 2011

Relentless by Dean Koontz – Too many similarities with another Koontz book that I just read recently (The Good Guy), and several unconvincing plot, predictable ending - and yet, I’ve thoroughly enjoyed the book because it’s written from a first person’s narration who’s funny and witty. Quite refreshing to read a thriller with humour.

Aku Mahu Superbibik By Ain Maisarah & Izanor Sharif – I’m not the target reader for this book (which is teenage girl). I found it quite flat with unsuccessful attempts at humour.

The Scarpetta Factor by Patricia Cornwall – Quite a lot of ‘histories’ of the main characters (must be from Cornwall’s previous books) interwoven in the plot, but a fresh reader can still follow the story. Intense, interesting.

The Secret Life of Bees by Sue Monk Kidd – Not quite extraordinary, but still a sweet read.

Karipap-karipap Cinta by Nazri M Annuar – Ordinary story, but the author pulled off the humour nicely. Funny. I can’t help thinking this novel is suitable to be adapted as a telemovie.

The Truth About Melody Browne by Lisa Jewell – A comedy and tragedy at the same time. An enjoyable read.

Life of Pi by Yann Martel – A promising start, very engaging. But I’m a bit a disappointed with the ending (say the last twenty or so pages), a bit flat and ‘off’.

Breaking Knees by Zakaria Tamer – Weird. Odd. (Why did I pick up this book?) It’s an anthology of very short stories translated from Arabic to English. But the concept of ‘very short story’ is very interesting. Some are really just a few sentences long (not even one page).

Read more...

Perbendaharaan kata

>> Tuesday, May 3, 2011

Ya, saya tahu, Pesta Buku baru berlangsung minggu lepas. Saya tidak tulis apa-apa tentangnya kerana ... saya tidak dapat pergi (sedih!). Lebih kurangnya, saya belum habis berpantang selepas bersalin anak ketiga. Tak mengapa, insya-Allah tahun depan boleh pergi jika panjang umur :)

Credit to image source: goodreads.com

Saya baru selesai baca Advencer Si Peniup Ney beberapa minggu sudah. Buku yang diterbitkan pada tahun 2005 ini merupakan sindiran Faisal Tehrani terhadap budaya hiburan tempatan (khususnya Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan remaja waktu itu). Seorang ustaz muda bernama Sulaiman dipilih megetuai sekumpulan jin muda untuk berdakwah di sebuah negara jin yang dilanda hedonisma dengan memperkenalkan konsep muzik sebagai alat untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Kisah ini sinikal dan menarik, cuma pada pendapat saya bahagian di mana penduduk negara jin dengan cepat berjaya didakwahkan, agak kurang meyakinkan. Tentunya tidak mudah hendak memujuk golongan yang sudah terbiasa dengan sesuatu perkara untuk berubah.

Yang lebih menarik perhatian saya, buku ini menawarkan banyak kosa kata baru, bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Faisal Tehrani dalam bukunya Karya Nan Indah, bahawa salah satu fungsi karya adalah memperkenalkan perbendaharaan kata baru kepada pembaca. Mula-mula perkataan-perkataan baru ini ('baru' bukan kerana baru dicipta, tetapi kerana jarang digunakan) memang kedengaran janggal, tetapi lama-lama akan terbiasa. Contohnya, perkataan 'ranggi' dan 'canggih' mula popular sekitar tahun 90-an, dan kini sudah biasa digunakan.

Ini antara perkataan-perkataan baru yang saya belajar daripada buku ini (makna dirujuk daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP:

dubilah setan - kata yg menunjukkan ke­hairanan, kata seruan.
kepang - jalinan atau anyaman (tali, rambut)
jerait - berkait-kait; berjalin-jalin
jeregut - besar, rendang, rimbun, tersergam
jereket - melengket, melekat, ber­cantum
sijundai - ilmu sihir yg dapat menggilakan orang
silengah - tidak mengendahkan apa-apa, bersikap tidak tahu
mongkok - 1. (kelihatan,tampak) lebih tinggi drpd yg lain, tertinggi; 2. ki lebih baik (elok, unggul, utama)
kesel - letih, penat
jali - jelas, nyata, terang
sejemang - sebentar
ahmak - bodoh, dungu

Dan ini cuma daripada 5 mukasurat (37-41) untuk dicontohkan. Kelompok perkataan-perkataan 'jerait-jeregut-jereket' dan 'sijundai-silengah' membuatkan saya berhipotesis bahawa metod penulis memasukkan perkataan baru adalah dengan menyelak kamus kemudian mencari atau menyesuaikan ayat mana untuk diletakkan.

Read more...

To Kill a Mockingbird by Harper Lee

>> Monday, April 18, 2011

Credit to image source hachettebookgroup.com

No wonder the book won a Pulitzer Prize and has been dubbed a classic. It's a beautiful story, told beautifully. Set in a small town in Alabama in the 1930s, the story is told in a first-person narration of a young girl called Scout in the span of about 3 years. Although the crux of the novel is the trial of a black man and the crises and issues surrounding it at a time when racial discrimination and prejudice is prevalent, the novel offers so much more.

I love reading about the relationship between Scout and her older brother Jem and how close they are. I love reading about Atticus, Scout's father (who was also the defense lawyer of the abovesaid black man on trial), who is such a noble and righteous character and also a wonderful (single) father. The story told of innocent childhood, innocent thinking, coming of age.

And it's so true what I read once about that novels has a way of preserving history. It's fascinating to read about what it was like at that place at that time - the customs, culture, lifesytle, activities, etc. I have high regards for the book and its author, what a pity it's the only book Harper Lee had written.

Read more...

Mesra Buku book swap

>> Wednesday, April 13, 2011

Last month, I blogged about Hidayah's Book Club, and last week Lydia has shared her list of books available for swaps. Here's my own list, in no particular order:

1. Angela's Ashes by Frank McCourt
2. 'Tis by Frank McCourt
3. Kite Runner by Khaled Hosseini
4. A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini
5. The Alchemist by Paulo Coelho
6. A Prisoner By Birth by Jeffrey Archer
7. The Rule of Four by Ian Caldwell & Dustin Thomason (also available for sale at RM12 inclusive of postage)
8. The Bone Collector by Jeffery Deaver (also available for sale at RM12 inclusive of postage)
9. Magician by Raymond E. Feist
10. Stephen King Goes to the Movies (5 fictions that got adapted into the silver screen)
11. Dingin Salju Indiana by Nurulsham Saidin
12. Sinergi by Hilal Asyraf
13. Menara by Isa Kamari (also available for sale at RM10 inclusive of postage)
14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck by Hamka
15. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman by Muhd Kamil Ibrahim
16. Salahudin AYubi by Abd Latip Talib
17. Imam by Abdullah Hussein
18. Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid
19. Cinta Sang Ratu by Ramlee Awang Murshid
20. Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid
21. The Edible Woman by Margaret Atwood (also available for sale at RM12 inclusive of postage)
22. The Lovely Bones by Alice Sebold (also available for sale at RM18 inclusive of postage)
23. Kekasih Sam Bo Po by Faisal Tehrani

- I will add links to synopsis/review (probably not my own review) to these books later/from time to time
- I may change or add books to this list from time to time
- I may add photos of the books also available for sale so that you can view the physical condition later
- Please take care of my books, don't dog-ear them please
- Just email me at emel.siti@ gmail.com with the books you'd like to borrow together with your name, address, and phone number

I just discovered a book swap site called Paperbackswap.com in the US which I think is so cool. Each member post the books she can offer for swaps and for each book she mailed to someone who had ordered it, she can request for any other book in the pool (it's not a one person to one person swap). And you can keep the books you received, unless you wish to post it back to the pool. There's currently 5 million books in the pool to be chosen from! I wonder if it's possible to have something similar to this in Malaysia?

Sharing, for the love of reading! (ooohh, but publisher/distributor/author won't like this though ;p)

Read more...
ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP