Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

Saya mahu informasi dan ilmu dunia buku daripada blog Universiti Terbuka PTS

>> Wednesday, March 2, 2011

Saya mula mengikuti blog Universiti Terbuka PTS (juga dikenali sebagai UnikaPTS) sejak tahun 2007 lagi. Blog ini dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd (terima kasih, puan!) iaitu salah seorang pemegang saham utama rangkaian syarikat-syarikat penerbitan PTS. Puan Ainon ini memang tidak lokek ilmu, beliau memang sanggup menghabiskan banyak masa untuk berkongsi ilmu-ilmu dunia penerbitan. Setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya satu post. Itu belum termasuk tips-tips ringkas yang beliau kongsikan menerusi Facebook dan kursus-kursus percuma yang beliau berikan pada hujung minggu. Prinsip beliau yang diterjemahkan melalui syarikat-syarikat PTS ialah memandaikan bangsa melalui penulisan dan penerbitan. Dan beliau juga tidak percaya dengan konsep bersaing di dalam dunia bisnes. Sebaliknya kita digalakkan supaya saling tolong-menolong dan berlumba dengan sihat.

Apa yang ada dalam blog UnikaPTS?

Ada pengumuman tarikh kursus-kursus percuma pada hujung minggu yang diadakan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang. Sesiapa yang berminat boleh daftarkan diri dalam ruang komen.
Contoh: Kursus Terjemahan Kreatif Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu pada Ahad 20 Mac 2011 dan Kursus Penulisan Bukan Fiksyen : Teknik Adaptasi.

Ada tips survival penerbit. Walaupun saya bukan penerbit, tapi memang menarik juga belajar tentang bisnes dalam bidang penerbitan ini.
Contoh: Kawalan Hutang dan Bagaimana Penerbit Memilih Buku untuk Promosi di Slot Radio dan TV


Ada tips untuk penulis mencari idea atau merancang buku apa yang harus mereka tulis dan bagaimana. Ada juga perkongsian pengalaman daripada penulis.
Contoh: Mencipta Nama untuk Cerita Kanak-Kanak dan Awal Remaja & Cara Kerja Ain Maisarah Mencipta Jalan Cerita

Ada tips untuk usahawan yang berniaga buku.
Contoh: Seni Pempameran Buku Dalam Kiosk buku dan Bisnes Menjual Buku Secara Bergerak

Ada pengumuman buku-buku baru yang diterbitkan PTS. Saya rasa memang ini banyak membantu meningkatkan jualan buku-buku PTS.
Contoh: Senarai Judul Baru Masuk Gudang dan Carta Jualan Buku.

Ada pengumuman jualan buku, diskaun, pertandingan, peraduan, kempen atau promosi.
Contoh: Diskaun Istimewa di HQ PTS & Kempen Komik-M Sempena Cuti Sekolah

Lagi, ada berita penubuhan syarikat/persatuan baru, iklan jawatan kosong, peluang-peluang tertentu dan liputan acara-acara yang berlangsung.
Contoh: Jawatan Kosong Editor di PTS Millenia dan Delegasi PTS ke Pesta Buku Kaherah

Ada berita dan komentar isu sastera tanah air, surat pembaca, malahan ada juga pelajaran tatabahasa!
Contoh: Surat Ulat Buku & Ejaan Kata Majmuk

Pendek kata, macam-macam ada! Untuk semua, dari golongan pembaca hinggalah kepada orang-orang yang terlibat secara langsung dalam industri penerbitan buku ini. Memang blog/website ini blog wajib-lawat bagi seorang ulat buku seperti saya yang ada impian nak tulis buku sendiri satu hari nanti!

“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”

Read more...

Peraduan Mengulas Buku PTS

>> Thursday, July 15, 2010

Berikut dipetik daripada laman web PTS. Walaupun dah terlepas 2 minggu, insyaAllah saya mahu cuba untuk 3 minggu yang terakhir ini :) Manalah tahu, ada rezeki boleh dapat buku percuma.

Anda peminat tegar buku terbitan PTS? Anda memiliki koleksi buku PTS yang bertimbun-timbun di rumah?

Mari kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku PTS yang sudah anda baca.

Sertai Peraduan Mengulas Buku PTS bermula 27 Jun hingga 31 Julai 2010 ini.

12 pemenang akan dipilih pada setiap minggu berdasarkan 4 kategori ulasan buku. Hadiah berupa buku-buku terbitan PTS menanti pemenang. PTS juga menyediakan 3 hadiah istimewa kepada pengulas yang paling banyak mengulas buku-buku PTS sepanjang peraduan ini.

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Anda cuma perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my. Kemudian, cari buku yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.

Tunggu apa lagi? Sertailah peraduan julung-julung kali diadakan ini dan jadilah salah seorang daripada 60 orang pemenang hadiah mingguan.

Tempoh Peraduan

Peraduan berlangsung selama 5 minggu bermula dari 27 Jun - 31 Julai 2010. Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

Minggu Pertama : 27 Jun-3 Julai
Minggu Kedua : 4-10 Julai
Minggu Ketiga : 11-17 Julai
Minggu Keempat: 18-24 Julai
Minggu Kelima : 25-31 Julai


Kategori Ulasan Buku

Novel Remaja & Kanak-kanak

Novel Dewasa

Komik

Bukan Fiksyen



Hadiah

Hadiah dibahagikan kepada 2 kategori:

1. Hadiah Mingguan
Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang bagi setiap kategori ulasan buku. Hadiah mingguan adalah seperti di bawah:

Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM50
Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM40
Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM30


2. Hadiah Utama
Sebaik berakhirnya peraduan, PTS akan memilih 3 peserta peraduan yang paling banyak menghantar ulasan buku PTS.



3 hadiah utama seperti berikut:

Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM200
Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM150
Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM100


* Pemenang boleh memilih sendiri buku PTS tetapi nilai buku tidak boleh lebih daripada nilai yang ditetapkan.

* Kos penghantaran ditanggung oleh PTS.

* Hadiah minggu akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu.

* Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.



Pengumuman Pemenang Hadiah Mingguan

Pemenang mingguan bagi setiap kategori akan diumumkan sebagaimana berikut:

Pemenang Minggu 1: 6 Julai 2010

Pemenang Minggu 2: 13 Julai 2010

Pemenang Minggu 3: 20 Julai 2010

Pemenang Minggu 4: 27 Julai 2010

Pemenang Minggu 5: 3 Ogos 2010



Pengumuman Pemenang Hadiah Terkumpul

Pemenang hadiah terkumpul akan diumumkan pada 3 Ogos 2010



Cara
1) Peserta perlu melayari Portal PTS di www.pts.com.my

2) Cari buku yang anda hendak buat ulasan dengan menaip judul buku pada ruang carian.

3) Klik pada judul buku yang terpapar pada halaman carian.

4) Klik pada tab ulasan pembaca.

5) Taip nama penuh dan e-mel yang sah.

6) Kemudian tulis ulasan dalam ruang yang disediakan.

7) Kemudian klik hantarPanel penilai akan menilai ulasan buku yang dihantar mengikut minggu yang ditetapkan.

8) Pemenang mingguan akan diumumkan pada tarikh seperti yang ditetapkan.

9) Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang diisi.



Syarat

1) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7 tahun dan ke atas.

2) Ulasan buku hendaklah dibuat menggunakan bahasa Melayu standard sahaja.

3) Setiap ulasan buku hendaklah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

4) Staf PTS termasuk ahli keluarga terdekat (ibubapa, anak-anak dan adik beradik) tidak layak menyertai peraduan ini.

5) Penulis PTS layak menyertai peraduan ini tetapi tidak boleh mengulas buku sendiri terbitan PTS.

6) Setiap peserta hanya layak menang satu sahaja hadiah mingguan yang ditawarkan sepanjang peraduan ini.

Read more...

Jualan Gudang Buku PTS - 29 Mei 2010

>> Monday, May 24, 2010

Dipetik daripada blog Ummu Auni Afif, terima kasih.

From: Nazrul Samsudin
Date: 2010/5/24
Subject: Jualan Gudang Buku PTS - 29 Mei 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terima kasih kerana membuka dan membaca e-mel ini. PTS doakan tuan dan puan sihat di samping keluarga tercinta.

Sukacita dimaklumkan, buat julung-julung kalinya, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu no. 1 Malaysia akan mengadakan jualan gudang buku-buku PTS sebagaimana berikut:

Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.,
No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor

(Berhampiran Pos Laju dan Bangi Kopitiam, Batu Caves)

Klik di sini bagi melihat lokasi PTS: http://pts.com.my/index.php/contact/


Pelbagai buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual pada hari itu. Antaranya novel remaja, kanak-kanak, novel dewasa, novel sejarah islam, bisnes, bantu diri, resepi, pendidikan, keibubapaan, islam, kamus, kesihatan, dan banyak lagi.

PTS memberikan diskaun istimewa kepada pembeli sempena jualan gudang ini. Diskaun standard bagi semua buku PTS ialah 25 peratus manakala beberapa judul buku terpilih akan diberikan diskaun sehingga 50 peratus. Jualan dalam bentuk tunai sahaja. Bayaran menggunakan VISA dan Mastercard turut diterima.

Jadi, kepada peminat-peminat buku PTS, jangan lepaskan peluang memborong buku-buku PTS pada harga diskaun sempena Jualan Gudang Buku PTS ini.

PTS turut menjual pelbagai barang merchandise PTS yang cantik dan menarik seperti buku nota, button badge, baju-t muslimah, file folder, mug, baju-t, dan banyak lagi.

Besarlah harapan kami sekiranya tuan dan puan dapat forward e-mel ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara yang turut meminati buku-buku PTS.

Kita jumpa di gudang buku PTS nanti. Terima kasih.

Read more...
ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP