Showing posts with label buku umum. Show all posts
Showing posts with label buku umum. Show all posts

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret dan buku umum, umumnya

>> Wednesday, October 24, 2012

Tidak banyak yang mahu saya perkatakan tentang buku tulisan Encik Zabidi Mohamed, bekas majistret/peguam kini penulis skrip, kecuali: saya amat terhibur membacanya! Namun, bukan sekadar terhibur semata-mata, tetapi pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman baru yang dikongsi oleh beliau juga amat menarik. Ada kisah beliau yang sungguh pelik sekali (kisah terakhir), tidak sangka kisah sebegini betul-betul berlaku di dunia sebenar. Betullah kata bidalan, truth can be stranger than fiction (kadang-kadang kisah benar lebih pelik berbanding kisah fiksyen)!


Pada pandangan saya, buku bukan fiksyen yang diterbitkan dalam bahasa Melayu di Malaysia yang bersifat umum masih kurang variasinya. Lebih biasa kita temui buku-buku travelog atau perkongsian pengalaman (termasuklah biografi/autobiografi) termasuklah buku Catatan Penglipur Lara Sang Majistret, buku panduan/how-to, dan buku motivasi.

Maksud saya buku umum (secara peribadi), adalah buku dengan topik pengetahuan am (general knowledge), yang boleh jadi sarat dengan ilmu (tetapi digarap dengan ringan dan menarik, bukan terlalu ilmiah sehingga tidak accessible kepada khalayak umum) atau buku yang menghiburkan. Berikut antara contoh-contoh buku yang saya maksudkan:

A Short History of Nearly Everything - Bill Bryson
An Uncommon History of Common Things - Bethanne Patrick, John Thompson
Weird Things Customers Say in Bookshops - Jen Campbell  
Outliers - Malcolm Gladwell (and all his other books)
Nat Geo Amazing! - Melina Gerosa Bellows

Apakah buku-buku seumpama ini tiada kelompok peminat sendiri? Barangkali penerbit tidak mahu mengambil risiko mencuba genre baru di pasaran tempatan.


Read more...
ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP