Tablet sebagai e-reader

>> Tuesday, November 22, 2011

Saya kurang gemar membaca e-book (fail digital) di skrin komputer. Hilang sebahagian nikmat membaca itu sendiri. Saya lebih suka membaca sambil duduk-duduk di atas sofa atau berbaring di atas katil (jika di rumah). E-reader pula skrinnya agak kecil, dan fungsinya terbatas.

Tapi kini ...

Credit to image source www.examiner.com

Ya, apabila pasaran mula dibanjiri dengan gajet tablet pelbagai jenama, spesifikasi dan harga, saya mula menimbang-nimbang. Terutama apabila adik saya menunjukkan senarai e-book yang dimilikinya berjumlah 600 lebih! Meleleh air liur. Baiklah, memang bukan kesemuanya akan dibaca, tapi saya rasa lebih separuh merupakan tajuk-tajuk yang saya berminat untuk baca.

Apabila saya pegang, tablet itu tidaklah berat mana. Bolehlah kalau nak dipegang sambil berbaring. Saiz skrinnya begitu hampir dengan saiz buku biasa. Walaupun perasaannya memang tak sama dengan memegang sebuah buku fizikal, tapi ... 600 buah buku (lebih, semestinya) dalam satu gajet - mudah dibawa ke mana-mana, jimat ruang penyimpanan. Tablet juga ada banyak lagi fungsi lain, jadi ia bukan sekadar e-reader semata-mata.

Tapi, saya tidak mahu jika anak-anak saya banyak habiskan masa main game pada tablet. Suami saya kata, mudah sahaja, jangan download dan install game.

Tapi, saya rasa ia masih satu kemahuan dan bukan keperluan.

Banyaklah pula 'tapi'nya. Jadi, bagaimana?

Read more...

Ekspo Buku Islam & Festival Buku Kanak-kanak

>> Wednesday, October 26, 2011

Ekspo Buku Islam akan berlangsung di Tingkat 2, KL Sentral bermula dari 26 Oktober hingga 1 November 2011. Ekspo ini dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn Bhd dan merupakan kerjasama antara penerbit-penerbit seperti Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni & JS Adiwarna, MMP Communications, Yadim, Must Read Sdn Bhd, dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman ini.

Dan satu lagi pesta buku yang akan berlangsung pada waktu yang lebih kurang sama iaitu Festival Buku Kanak-kanak 2011, dari 27 Oktober hingga 2 November 2011 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. Saya tidak berjumpa dengan laman rasmi festival ini, cuma pengumuman di laman DBKL dan di laman penerbit-penerbit yang mengambil bahagian. Festival ini dianjurkan oleh National Book Council, dan saya cuba mencari laman webnya tapi tak berjumpa. Tak logik National Book Council tiada laman rasmi, kan?

Read more...

Set Bacalah Sayang

>> Sunday, October 23, 2011

Apabila ada komen yang ditinggalkan di blog ini memberikan link ke blog menjual set buku Bacalah Sayang ini saya bergegas singgah. Dan bergegas juga menulis e-mel kepada pemunya blog, Mimie untuk membeli satu set. Bacalah Sayang ini merupakan set yang menggantikan siri Tidurlah Intan terbitan DBP lebih kurang dua puluh tahun dahulu. Saya pernah ternampak set ini di sebuah kedai buku tetapi tidak membeli walaupun berminta kerana harganya dirasakan agak mahal (RM180). Tetapi di blog Mimie, saya cuma mebayar RM80 (termasuk kos pengeposan) sahaja! Jika anda berminat, lekas hubungi Mimie kerana stoknya terhad.


Setiap set mengandungi 12 buku (satu setiap bulan) dengan setiap buku mengandungi koleksi cerita rakyat, cerita moden, puisi, lagu, dan teka-teki yang sama jumlah dengan hari dalam bukan itu (satu bacaan setiap malam). Jikalau saya tidak silap, DBP menerbitkan cerita/puisi/lagu/teka-teki yang sama dengan Tidurlah Intan, cuma menggunakan ilustrasi yang baharu.



Setelah membacakan satu cerita kepada anak-anak saya, saya pula yang 'terkejut' kerana anak saya yang sulung minta dinyanyikan lagu (walaupun saya belum sebut pasal lagu).

Saya bertanya kepadanya, "Mana Abang tahu ini lagu?"

"Sebab ada ini," jawabnya sambil menunjukkan barisan not-not lagu.

Saya rasa pelik sebab saya belum pernah mendedahkan dia kepada not-not lagu, dan saya tahu di tadika dia tidak diajar pelajaran muzik. Saya bertanya, "Mana abang tahu kalau macam ini maknanya lagu?"

"Abang pernah tengok di komputer." Ya, itulah generasi sekarang ya. Mesti tengok-tengok juga apa yang mereka belajar di internet. Dengan ingat-ingat lupa naik turun not lagu dan panjang pendeknya, sekadar yang pernah belajar di sekolah rendah lebih dua puluh tahun yang dulu, saya pun cuba menyanyikan lagu itu. Mesti sumbang, hehe..

Read more...

The Big Bad Wolf Sale is a must-go event!

>> Wednesday, October 12, 2011

Image source credit to http://www.shoppingnsales.com


If you haven’t been to the Big Bad Wolf book sale yet, I only have this to say:

YOU. HAVE. TO. GO.

Details:
7 – 16 October 2011
10 am – 9pm
MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park, Serdang)

I took half-day off yesterday to go to the sale with my husband. I had decided and planned earlier on to go on a weekday for two reasons, firstly because there’ll be less crowd and secondly so that I can leave my children at their babysitter’s house (as though I am at work). On the second point, it would be nice if your children comes along to pick their own books, but honestly it will be quite a challenge to look after them and hunt for books at the same time. Unless they are the type who can sit quietly in a pushchair for hours. Yesterday, there was an announcement looking for the parents of a ‘lost’ boy. I guess it depends on their age as well.

But I digress. For me, this is the best Big Bad Wolf sale ever (I think this is their 4th one) mainly because of the venue they selected. It’s huge and spacious, allowing more room in between tables, therefore I was able to browse more comfortably. The books selection are a lot and varied as well. I’m not sure about this being ‘the biggest book sale in the world’ but it looks like the organizer is serious when they claim to bring in 1.5 million books for us! I stared around the hall and thought, “Where did all these books come from?” (Really, I am quite interested to learn about their business model. BBW is affiliated with BookXcess who claims that their books are cheap because those are ‘overprinted copies’. But how could popular titles have ‘overprinted copies’ as well?)
Image source credit to http://aurinh.wordpress.com

I like that the books are more organized with labels on each table. There are also notes saying ‘Please put back the books where you took it’. A reasonable request, as mixing up the books will inconvenience the next batch of customers. More books are displayed with their cover up, instead of spine up, hence easier to skim through. Customer services are good and they have a ‘check-in’ system so people can park the books they have chosen first before continuing to hunt for more. I hope they will choose this venue again next year because it’s very near to my house. It’s not accessible by public transport, though.

All in all, my husband and I spent RM313 for 39 books. The books we chose vary, from general fiction, fantasy fiction, thriller, motivation, classics, children’s books, general knowledge, and a first time for us – a coffee table book! It’s by National Geographics titled ‘Work’. My best catch is And Thereby Hangs a Tale by Jeffery Archer, who is one of my favourite authors (I especially like his short stories). I found that I feel less inhibited to buy a book because of the low price (most paperbacks is priced at RM8). In fact, I actually chose several books that I know I don’t want to keep. I’ll offer them up for book swap after I’ve finished reading them, as well as make them available for sale. We spent 3 hours instead of the planned 2. And I saw Ain Maisarah, a PTS bestselling author. Yes, ‘I saw’ only – I didn’t go and say hello.

I think I’ve mentioned this before, but when going to a book warehouse sale, don’t bring a list of books in your wishlist. Instead, you’ll just have to see what’s available there.

Now go already! Only 4 days left!

Read more...

Puisi yang indah

>> Thursday, September 22, 2011

Usah menyangka puisi mudah ditulis hanya kerana bilangan perkataannya sedikit berbanding genre lain. Puisi sebenarnya lebih sukar kerana pemilihan perkataan perlu tepat untuk menggambarkan maksud dan di samping itu perlu memberi ‘pengalaman bahasa’(linguistic experience) yang indah buat pembaca atau pendengar. Ia satu seni yang memerlukan ilham dan bakat yang tinggi, saya kira. Saya akui, saya sendiri jarang membaca buku koleksi puisi. Satu-satunya buku puisi yang saya telah saya beli adalah Al-Amin tulisan A Samad Said, itu pun belum saya uliti kerana bukunya belum sampai di tangan.

Radio IKIM kerap juga menyiarkan sajak dan puisi yang dideklamasi dengan baik, dan saya suka mendengarnya. Puisi Jika nukilan A Samad Said di bawah begitu cantik sekali. Ringkas, sedap didengar, sarat dengan makna.

Jika

Jika bukit menjadi gunung
Gunung menyuburi rimba
Jika sakit mendorong menung
Menung meransang dewasa
Lorong hidup banyak cabarnya

Jika rakit menjadi kapal
Kapal meningkat bahtera
Jika bangkit melawan gagal
Gagal membibit hemah
Landas hidup banyak tuahnya

A. Samad Said

Ini pula sajak Lidah Bangsa nukilan A Aziz Deraman.

Lidah Bangsa

Lidah bangsaku tiba-tiba kelu
di hujung satu dekad abad ke-21
buana yang resah benua tidak tentu
akan segala yang mungkin alaf baru,
ketika kuasa-kuasa bertukar haluan
krisis ekonomi gelegak di tangan
budaya hidup yang terencat
sosial manusia yang bejat
di sisi globalisasi liberalisasi
bangsaku hilang berani.
Dari dahulu di bumi merdeka ini
bangsaku bingkas
bangun berdiri
bersatu langkah sederap serentak
yakin bangunkan nusa yang hebat
dimalui disegani dihormati orang
atas kekuatan aneka macam
taat setia rakyat menjulang
satu padu bukan kepalang
sepakat nikmat kemakmuran,
jika muncul aliran baru alur fikir
menerjah tanpa nyata batin zahir
nusa ini akan nanar
jadi pohon tidak berakar.

A AZIZ DERAMAN

Read more...

Warehouse sales

>> Wednesday, September 14, 2011

I just found out today that the MPH Distributor Warehouse sale will be held from 15 ~ 18 Sept 2011. I will be away balik kampung from 16 to 18 September so the only day I can go is - tomorrow! So far, I've been to MPH Distributor sale twice and I was happy and satisfied on both occasions. Should I take half day leave to go?

The MPH Warehouse Sale 2011 will be held at ground floor warehouse of Bangunan TH, 5 Jalan Bersatu, Section 13/4, 46200, Petaling Jaya, Selangor, and will be open from 8am ~ 7pm. I got these info here.

The other warehouse sale is still a few weeks away, so there's still time to plan properly. Big Bad Wolf Sale (an affilliate with Book Xcess) will be held in MAEPS Serdang from 7 to 16 October 2011. Unbelievably low prices, but you may not find popular or new titles there.

What I really want to buy right now, is a good dinasour book for my son (he's into dinasours at the moment) at a good price (RM30 or less?).

Read more...

Giveaway di bulan Ramadhan

>> Wednesday, August 10, 2011

Ok, tema untuk cabaran kedua Mysuperkids Giveaway ni ialah 'duit' dan 'Ramadhan'. Bulan ini memang bulan rezeki bagi sesetengah pihak, contohnya yang dalam industri makanan (juadah berbuka, biskut raya, kek dsb) dan pakaian (baju raya). Saya selaku consumer/pengguna, berterima kasih jelah sebab ada supplier yang menawarkan produk-produk yang diperlukan ni. Lagi ramai supplier, lebih baik deal untuk pengguna, betul tak?

Bagi yang memasarkan produk musim perayaan ni online, salah satu cara promosi ialah melalui giveaway!

Contohnya, butik Tenun Kapas:



Dan juga Kek Lapis Hanis:

Manalah tahu ada rezeki saya boleh menang 2 giveaway ni hehe..

Ermm blog ni kan blog buku? Ok, ok. Penerbit dan pengedar buku pun ada buat promosi juga. Contohnya, PTS ada promosi Baca Ramadhan. MPH pula ada promosi Raya, walaupun saya tengok buku resepi yang ditawarkan bukanlah resepi tempatan.

Eh, saya pun nak buat giveaway - untuk promosikan blog saya yang lagi satu, yang diberi nama baru - Mesra Idea! (nama lama ialah Mesra Niaga) Yang ini tiada kaitan dengan Ramadhan, tapi ada kaitan dengan duit! Sebab hadiahnya ialah cabutan bertuah untuk duit raya RM50. Jom join, jangan tak join, ya? :)





“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh alyrds dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Read more...

Dawama oh Dawama

>> Monday, August 8, 2011

Saya baru terbaca berita ini semalam. Dawama sedang menghadapi masalah kewangan yang runcing sehinggakan terpaksa meminta pekerja-pekerjanya bercuti tanpa gaji (sumber dari Bernama). Walaupun tidak terkejut dengan berita ini, tapi masih ada rasa kesal. DBP selaku salah satu institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan selayaknya mendapat khidmat percetakan dan pengedaran yang lebih baik.

Saya nostalgia mengenang DBP, dengan buku-bukunya menjadi peneman saya sewaktu zaman kanak-kanak dan dengan itu berperanan menjadikan saya seorang pembaca. Saya juga pertama kali merasa pendapatan sendiri, walaupun sedikit, daripada DBP pada usia 12 tahun. Khabarnya Jabatan Perdana Menteri akan bertindak menguraikan kemelut DBP-Dawama ini. Saya berharap semoga 'tragedi' ini menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah DBP yang lebih gemilang di masa hadapan.

Read more...
ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP