
Yang menarik perhatian saya, apabila beliau kongsikan tentang Perpustakaan Komuniti Sri Manja bertempat di Jalan Klang Lama yang merupakan salah satu projek terbaru PPAS. PPAS menggunakan ruang lot kedai yang bertempat di kawasan perumahan rumah teres dan flat. Saya kira konsepnya seakan-akan perpustakaan desa, cuma lokasinya di bandar. Perpustakaan Komuniti Sri Manja ini mendapat sambutan hangat. Kanak-kanak memenuhi perpustakaan ini sehingga pernah mencecah 150 orang pada satu-satu masa. 60% buku dipinjamkan, dan 4400 buah buku dipinjamkan dalam masa sebulan. Memang bertepatan dengan slogannya "Jom lepak di perpustakaan!" Ini membuktikan kanak-kanak memang suka membaca jika diberi peluang, tambah-tambah lagi dalam suasana yang kondusif.
Saya kagum dengan usaha PPAS membawa buku ke tengah-tengah komuniti. Syabas!
(Nota: Rupa-rupanya Puan Mastura Mohamad ini adik kepada Professor Muhaya Mohamad - pasangan adik-beradik yang hebat :) )
No comments:
Post a Comment