Sebelum itu, berikut merupakan biodata ringkas beliau. Biodata ini dipetik daripada blog beliau.
Assalamualaikum,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah menulis novel Perindu Pelangi dengan begitu baik.
Apakah yang mendorong Munirah untuk menulis?
Menulis bagi saya adalah satu cabang dakwah. Di samping berkongsi ilmu yang ada dan menyampaikan risalah-risalah dakwah, menulis juga saya kira banyak membantu saya mengisi lompong-lompong waktu daripada terbuang dan sia-sia.
Mengapa memilih genre penulisan kreatif berbanding penulisan lain?
Saya memilih genre penulisan kreatif kerana genre ini lebih ramai khalayaknya serta lebih mudah diterima umum. Jadi, saya berharap risalah-risalah tazkirah saya lebih ramai yang mendapat manfaat darinya.
Mengapakah Munirah memilih negara China sebagai latar cerita Perindu Pelangi?
Saya memilih China sebagai latar cerita Perindu Pelangi kerana saya merasakan negara ini menyimpan khazanah sejarah dunia yang tidak sedikit namun jarang diterokai dalam novel. Saya merasakan Islam itu hidup walaupun di bumi mana sekalipun. Oleh itu, saya cuba menampilkan kehidupan masyarakat Islam yang terdapat di bumi berkenaan. Minat menonton drama-drama Cina terutamanya yang berlatarbelakangkan masyarakat lama Cina mungkin boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong saya untuk memilih negara ini di samping mewujudkan kelainan dalam novel sulung saya ini.
Boleh ceritakan sedikit mengenai novel kedua Munirah - apakah tajuknya, ceritanya
mengenai apa, dan bilakah novel ini akan terbit?
Tajuknya Qasidah Untuk kekasih. Novel ini saya kira merupakan novel remaja kerana watak-watak yang terlibat adalah para pelajar yang sedang menuntut di pusat asasi. Novel ini bertemakan kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW dan bagaimana cara untuk menyalurkan rasa cinta berkenaan terutamanya oleh para remaja. Dalam novel ini, saya turut memuatkan untaian-untaian qasidah sebagai salah satu bentuk berhibur sambil mengingati baginda rasulullah SAW. Novel ini sudah masuk dalam jadual penerbitan dan dijangkakan untuk terbit pada bulan Ogos. Novel kedua ini akan diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Siapakah penulis kegemaran Munirah? Dan mengapa?
Faisal Tehrani. Saya temui kelainan dalam tulisan-tulisan beliau. Saudara Faisal Tehrani membuat kajian sebelum menulis dan dia sangat jelas dengan setiap apa yang ditulisnya. Saya mahu mencontohinya.
Terima kasih saya ucapkan kepada adik Siti Munirah kerana sudi menjawab soalan-soalan saya. Saya ucapkan selamat maju jaya dalam bidang-bidang yang diceburi. Saya akan menanti novel kedua Siti Munirah terbit nanti!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAda Siti Munirah berhajat nak buat sequel Pelangi Perindu? Ada banyak tanda tanya berkenaan astronaut, siapa namanya, Alexander? Harap boleh dapat jawapan. Kalau tidak, hatiku galau :-p
Kak Tini,
ReplyDeleteIsador namanya. (atau Mohd Isa :))
Nanti saya cuba ajukan soalan (cadangan?) ni, harap-harap Siti Munirah boleh pertimbangkan.
wah wah, semakin maju sekarang ini :D
ReplyDeletesudah jadi reporter gitu.
ummu auni afif,
ReplyDeleteaiks tak terfikir pun pasal reporter. lebih kepada pembaca/peminat kepoche kot hehe :)
kak tini,
saya dah fwdkan respon siti munirah ke emel kak tini.