Lain halnya sewaktu di Pesta Buku di PWTC minggu lepas. 3 jam langsung tidak mencukupi! Jadi, saya seorang yang kaki shopping juga sebenarnya, cuma barangnya perlu betul. Tambah-tambah lagi apabila ada potongan harga, saya tidak fikir panjang dan ambil sahaja apa yang saya mahu, sama seperti sewaktu jualan buku Big Bad Wolf tahun lepas. Habis hampir RM600 juga tahun ini. Bajet dua tahun barangkali, qada' tahun lepas saya tidak pergi sebab sedang berpantang (cubaan untuk menjustifikasi yang tidak berjaya).
Ini antara gambar-gambar suasana yang sempat saya rakamkan Khamis lalu. Minta maaf kerana kualitinya sangat rendah. Saya gunakan kamera telefon, dan barangkali saya kerap 'menggegarkannya' sewaktu mengambil gambar. Nampaknya saya perlu juga beli kamera digital untuk gantikan kamera lama yang telah rosak.
Saya rasa terkilan juga kerana tidak sempat memilih buku di booth DBP/Dawama dan juga ITBM.
Memang berguna ada troli ini. Baru dibeli pagi itu juga. Saya rasa, kalau ada peniaga menjual troli sebegini di sana tentu sangat laku.
Buku-buku yang dibeli. Gambar sungguh tak elok, sehingga tak dapat baca langsung tajuk-tajuknya.






sampai juga ye? alahai patut pakat dengan mynie jumpa di sana.
ReplyDeleteummu auni,
ReplyDeleteada pergi juga ke? ingatkan dah tak semangat nak borong buk kertas sebab dah beli e-reader hehe :)
mynie, 3 jam tak cukup hehe, aku pg dbp punya booth and specifically asked for the set you asked tp salesgirl tu kata takde? tgk list dlm komputer pun takde, tp tak sempat pg dawama booth yg kat bawah
ReplyDeletebuku apa yg kau beli ni tak boleh nampaklahh!