Festival Sastera Kanak-kanak 2012

>> Tuesday, October 30, 2012

Ayuh, jom bawa anak-anak ke Festival Sastera Kanak-kanak 2012! Festival yang dianjurkan oleh Perbadanan Kota Buku ini bakal berlangsung dari 1 ke 6 November 2012 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dari jam 9 pagi ke 5.30 petang.


Klik laman web ini untuk mencapai maklumat lanjut.

Sayang, tarikh festival ini cuma seminggu lebih awal daripada cuti sekolah. Bukankah lebih optimum jika penganjur menganjakkan sedikit tarikh festival supaya berlangsung sewaktu cuti sekolah?

Read more...

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret dan buku umum, umumnya

>> Wednesday, October 24, 2012

Tidak banyak yang mahu saya perkatakan tentang buku tulisan Encik Zabidi Mohamed, bekas majistret/peguam kini penulis skrip, kecuali: saya amat terhibur membacanya! Namun, bukan sekadar terhibur semata-mata, tetapi pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman baru yang dikongsi oleh beliau juga amat menarik. Ada kisah beliau yang sungguh pelik sekali (kisah terakhir), tidak sangka kisah sebegini betul-betul berlaku di dunia sebenar. Betullah kata bidalan, truth can be stranger than fiction (kadang-kadang kisah benar lebih pelik berbanding kisah fiksyen)!


Pada pandangan saya, buku bukan fiksyen yang diterbitkan dalam bahasa Melayu di Malaysia yang bersifat umum masih kurang variasinya. Lebih biasa kita temui buku-buku travelog atau perkongsian pengalaman (termasuklah biografi/autobiografi) termasuklah buku Catatan Penglipur Lara Sang Majistret, buku panduan/how-to, dan buku motivasi.

Maksud saya buku umum (secara peribadi), adalah buku dengan topik pengetahuan am (general knowledge), yang boleh jadi sarat dengan ilmu (tetapi digarap dengan ringan dan menarik, bukan terlalu ilmiah sehingga tidak accessible kepada khalayak umum) atau buku yang menghiburkan. Berikut antara contoh-contoh buku yang saya maksudkan:

A Short History of Nearly Everything - Bill Bryson
An Uncommon History of Common Things - Bethanne Patrick, John Thompson
Weird Things Customers Say in Bookshops - Jen Campbell  
Outliers - Malcolm Gladwell (and all his other books)
Nat Geo Amazing! - Melina Gerosa Bellows

Apakah buku-buku seumpama ini tiada kelompok peminat sendiri? Barangkali penerbit tidak mahu mengambil risiko mencuba genre baru di pasaran tempatan.


Read more...

50 Buku Pilihan MBKM

>> Thursday, October 11, 2012

Pesta Buku Frankfurt sedang berlangsung kini. Melalui blog ilustrator yang saya kagumi, Puan Emila Yusof, saya mendapat tahu senarai buku-buku yang terpilih sebagai 50 Best Titles oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (National Book Council of Malaysia) iaitu:

Art/Art & Crafts: 1. Shadow Play 2. Crafted in Malaysia 3. Wayang Kulit Melayu Traditional Kelantan 4.Susur Masa 5. Batik Malaysia
Biography: 6. Portrait Of A Thousand Smiles 7. Biografi Tun Abdul Razak 8. Kanang
Children: 9. Longhouse Days 10. Kailash 11. Puteri Tioman 12. Siri Merah Cinta Kita 13. Hikayat Hang Tuah 14. The Malaysian Art Book for Children 15. DearYayah,The Series
Cooking: 16. Malaysian Favourite Recipes 17. 1 Hari 1 Resipi: 365 Resipi 18. Gourmet to Health 19. 300 Menu Ramadhan &Syawal 20. 202 Khasiat Herba
Environment: 21. Taman Negara 22. Ocean Tapestry 23. Antartica 24. Siri Pendidikan Alam Sekitar: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Hujan Tropika
Fiction: 25. Mustafa Kamal Atartuk 26. King of The Sea 27. The Beruas Prophecy 28. Antologi Karya Sasterawan 29. Legenda Elfarren 30. Adam dan Hawa 31. Tiara Pesona 32. A Cold Wind Blows
Islam: 33. Indahnya Hidup Bersyariat 34. Biografi Muhammad bin Abdullah 35. Fundamentals of Syariah in Islamic Finance
Malay Classic & Award Winning Titles: 36. The Old Man at The Foot of The Mountain 37. Cinta Sekerdip Embun 38. Senja Kala 39. Panglima Awang 40. The Last Day of An Artist 41. Le Champion 42. Antologi Cerpen Berunsur Islam – Cinta Masitah 43. Laut Takjub
Non Fiction/Language/Finance/Social: 44. Peribahasa Melayu 45. Catatan Latiff Mohidin 46. Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu 47. Nuansa Nusantara 48. Arowana: Ikan Hiasan Bernilai
Poetry/Play: 49. At A Plank Bridge – A Play 50. At-Tariq

Semoga penawaran ini mendapat perhatian pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan hakcipta penerbitan semula/terjemahan buku-buku Malaysia dan merancakkan lagi industri penerbitan tempatan!

Baguslah MBKM sudah ada laman sesawang mereka. Jikalau tidak silap, saya pernah mencari laman web mereka dua atau tiga tahun lepas tetapi tidak bertemu apa-apa.

Di bawah pula, senarai 50 judul buku bagi tahun lepas (2011).


Read more...
ABOUT ME

emel.siti@ gmail.com

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP